BAB 20

3.2K 208 12
                                    

Bagasi diangkat menuruni tangga. Perlahan langkah diatur menuruni tangga. Berat rasanya untuk meninggalkan mummynya keseorangan. Tetapi hanya ini cara untuk dia merawat hatinya yang terluka. Terlalu banyak kenangan dia dan Aqhif di Malaysia. Dia harus pergi untuk melupakan segalanya.

"Mummy, mummy taknak hantar Airis pergi airport ke?"

"Bukan mummy taknak pergi sayang. Mummy takut nanti dekat sana mummy tak sanggup nak lepaskan Airis pergi". Sebak Puan Annie menuturkan kata. Airmata yang mula bergenang di tubir mata segera di lap dengan hujung tudung.

"Mummy, nanti Airis call mummy selalu okey. Airis janji bila Airis dah ready, Airis akan balik ke pangkuan mummy".

Puan Annie dan Airis saling berpelukan. Puan Annie mencium dahi dan pipi Airis sebelum melihat Airis menghilang dalam perut kereta.

Cermin tingkap diturunkan. Kelihatan Airis melambai Puan Annie dengan penuh kesedihan. Puan Annie berharap selepas ini kehidupan Airis akan lebih baik di sana.

..........

"Airis, nah tiket kau" Ujar Nina teruja kerana Airis akan mengikuti mereka ke Instanbul.

Dulu Nina dan Ita pernah mengajak Airis untuk bekerja di Instanbul bersama mereka. Tetapi Airis menolak kerana memikirkan mummynya yang keseorangan ditambah pula, pada waktu itu dia sedang mabuk cinta dengan Aqhif.

"Tapi seat kau jauh sikit dari kita orang". Tambah Ita.

"Tak apa, aku okay je mana- mana". Balas Airis mendatar.

Sedang mereka bertiga berjalan untuk masuk ke dalam pesawat, Airis tidak sengaja terlanggar seseorang sehingga air starbucks pemuda itu tertumpah.

"Eh eh, minah ni lagi. Kerja kau memang langgar orang ke? Kalau aku tibai kau kat sini sia- sia je kau hidup selama ni!" Tengking Aiman sehingga menarik perhatian orang ramai.

"So- sorry sangat. Saya tak sengaja". Balas Airis malu kerana ramai orang menyaksikan kejadian itu.

"Dah lah kau". Aiman berlalu meninggalkan mereka bertiga terkontang- kanting.

"Kerek betul mamat tu. Nak tengking- tengking, cakap baik- baik tak boleh ke?" Bebel Nina

"Tapi dia cakap kau lagi? maknanya sebelum ni kau pernah langgar dia ke Airis?" Soal Ita pula.

"Entahlah aku pun tak perasan." Balas Airis binggung.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now