POV
Titttttttttttttttttttttttttt!
Airis terkejut. Nafasnya turun naik. Matanya memandang penjelasan daripada jururawat yang merawat Aiman. Masing- masing diam tidak berkutik.
"He's gone!"
"No! No! Try again! I dont believe you. He's gonna be fine!" Marah Airis kepada jururawat itu.
"Miss, there's nothing we can do about it! He's gone!"
"Please! Try again! I'm begging you!" Airis menangis melutut.
"Okay! I wish the miracle happen!".
Airis hanya berdoa di bucu kaki Aiman apabila melihat jururawat itu bertungkus- lumus mencuba sedaya upaya mengembalikan degupan jantung Aiman.
Dia melihat Aiman diberikan CPR selama 5 minit namun tiada apa- apa tindakbalas ditunjukkan oleh badan Aiman. Kemudian jururawat itu mula menggunakan AED (automated external defibrillator) beberapa kali keatas Aiman namun masih juga tiada tindakbalas berlaku.Jururawat itu berhenti dan memandang Airis dengan tatapan yang lemah sambil menggelengkan kepala berulang kali.
"He's gone" Ujar jururawat itu sebelum memberi ruang kepada Airis untuk berada disisi Aiman.
Pada saat ini hanya Allah saja yang tahu perasaannya. Baru sahaja dia ingin merasa bahagia, tiba- tiba bahagia itu ditarik kembali. Wajah Aiman dipandang sayu. Darah yang mengotori wajah Aiman segera dilap dengan belakang tangannya. Perlahan dia menyentuh seluruh wajah Aiman dengan tapak tangannya. Mungkin inilah kali terakhir dia dapat menyentuhnya.
"S-saya pun cintakan awak. Terima kasih sebab selalu a-ada dengan saya" Bisik Airis ditelinga Aiman sambil menangis tersedu- sedan.
"Ya Allah, andai ada keajaiban, buktikanlah pada aku hari ini. Sesungguhnya, aku ini hanyalah hambaMu yang lemah. Lemah dengan ujian yang Engkau berikan." Rintih Airis dalam hati.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...