BAB 37

2.6K 204 21
                                    

"What! Malaysia?". Terbuntang mata Airis apabila Ita mengatakan bahawa Kak Su telah   mendapatkan izin pihak hospital untuk membawa Aiman pulang mendapatkan rawatan di Malaysia memandangkan keadaan Aiman sudah semakin pulih.

Terduduk Airis mendengar berita itu. Dia tidak menyangka bahawa begitu sekali Kak Su tidak ingin dia bertemu Aiman.

Sudah seminggu dia tidak dapat melawat Aiman dihospital. Dia hanya dapat mendengar khabar Aiman daripada Lizzy, Joe dan Ita sahaja.

Tiga hari lepas, Ita telah memberitahunya bahawa Aiman sudah sedar daripada koma namun keadaannya masih lemah.
Saat itu juga dia telah ke hospital untuk menjenguk Aiman namun dia dihalang oleh Kak Su.

"Aku memang dah takkan jumpa dia ke?" Luah Airis sebak kepada Ita.

"Janganlah cakap macam tu. Nanti kita sama- sama cari dia dekat Malaysia" Ita menenangkan Airis.

Perlahan Ita merangkul kemas bahu Airis. Digosoknya belakang Airis untuk melegakan sedikit perasaannya.

Buat masa sekarang dia hanya mampu memberi kata- kata semangat dan menasihati Airis. Tiada yang mampu dia lakukan selain itu.

Sebulan kemudian

Bergema lagu Blackpink Ddu Ddu Ddu di dalam bilik Airis. Bantal diambil lalu ditekup ke kedua- dua belah telinga.

Haih! Airis mengeluh.

Airis merengus. Telepon disisinya dicapai. Siapalah yang mengganggunya tidur malam- malam buta ini. Butang hijau diseret.

"Hello?" Tanya Airis dalam keadaan mamai.

"Airis."

Airis membuka mata. Dia cam akan suara itu. Itu adalah mummynya.

"Eh mummy! sorry Airis tak perasan". Jawab Airis laju sambil bangun membetulkan kedudukkannya. Bantal disandarkan dibelakangnya.

"Airis, balik sini boleh?"

Airis hanya mendiamkan diri.

"Arissa nak sangat jumpa Airis, untuk kali terakhir. Doktor menjangkakan hanya ada beberapa hari saja lagi untuk dia bertahan hidup"

"Okay. Tapi bukan esok. Airis kena mintak izin company dulu" Airis akur.

"Terima kasih Airis. Jangan lama sangat tau. Takut tak sempat!"  Nasihat Puan Annie kepada Airis.

"Hmm."Jawab Airis ringkas.

Panggilan dimatikan.

Malaysia? mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk dia balik berjumpa Arissa. Pada masa yang sama, dia dapat mencari Aiman.

Memori tentang percakapannya dengan Kak Su menerjah kembali ruang fikirannya.

"Jangan jumpa, jangan call, dan jangan mesej dan lupakan Aiman. Aku taknak dia ada hubungan dengan kau"

"Tapi saya c...."

"Aku tak restu hubungan kau dengan dia. Aku tak nak dia sakit lagi. Kau ni memang pembawa malang dalam hidup dia"

"Tolong lah, saya nak jumpa Aiman sekejap je. Untuk kali terakhir"

"Tak boleh! Kau balik!"

Dia masih mengingat kejadian dimana saat Kak Su mengheretnya keluar kerana dia berdegil untuk berjumpa Aiman.

"Dah sebulan kejadian tu berlalu, tidak pernah sekali pun saya lupakan awak". Bicara Airis perlahan sambil menatap jaket biru milik Aiman yang tersangkut kemas di dinding.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now