3 hari kemudian,
Almari baju dibuka, lama Airis memilih baju yang sesuai untuk dipakai. Maklumlah hari ini merupakan hari pertama dia melaporkan diri sebagai pereka fesyen untuk model- model antarabangsa.
Dia membelek- belek dirinya di depan cermin. Blouse berwarna biru muda yang dipadankan dengan jeans putih itu benar- benar tersarung elok di tubuhnya yang kecil molek. Wajahnya yang sememangnya 'natural beauty' itu hanya dicalitkan dengan sedikit mekap untuk menutup segala cacat cela. Rambutnya yang lurus dilepaskan sehingga paras pinggang. High heels berwarna krim dipilih untuk digandingkan dengan sling bag yang berwarna putih.
Sedang dia asyik membelek- belek dirinya di depan cermin,
Knock! Knock! Knock! Terpampang muka sugul Ita.
"Beb, kau dah nak pergi lapor diri ke?". Tanya Ita dalam keadaan mamai. Tahulah Airis bahawa kawannya itu baru bangun dari tidur.
"Ha' ah, kenapa?"
"Sorry, aku tak sempat buat breakfast. Alarm aku tak berbunyi pulak harini". Luah Ita kesal.
"Takpe, aku okay je. Kau tak payah buat breakfast untuk aku. Aku boleh buat sendiri". Jelas Airis.
Dia sebenarnya segan dengan Ita. Sejak dia pindah duduk bersama Ita dengan Nina, mereka selalu membuat sarapan untuk Airis bahkan tidak membenarkan dia membantu mereka membuat kerja rumah. Dia menjadi tidak selesa, dia merasa seakan- akan dia mempergunakan mereka.
"Eh, btw kawasan ni susah sikit taxi. Kau nak pinjam kereta aku dulu?".
Tanya Ita mengambil berat tentang Airis. Bukan apa, dia tahu Airis masih belum biasa dengan keadaan di Instanbul.
"It's okay, jangan risau. Kalau aku guna kereta kau, nanti kau nak pergi kerja macam mana? Takpe, pandai- pandai lah aku cari taxi nanti". Balas Airis bersungguh- sungguh.
"Oh, okey. Aku tidur dulu ey. Lagipun ni awal lagi. Aku masuk kerja pukul 10 pagi sekarang baru pukul 730 pagi. Hati- hati". Pesan Ita kepada Airis.
Airis hanya mengangguk sebelum melihat Ita hilang disebalik daun pintu.
.........
"Alamak, dah pukul 8 lebih ni. Kenapa aku tak nampak pun kelibat taxi dekat sini? Adoi, masalah betul lah". Bicara hati Airis yang khuatir dia akan terlambat pada hari pertama dia bekerja.
Dari jauh dia melihat ada sebuah taxi perlahan mendekat dan berhenti tepat dihadapannya. Dia yang berasa lega terus bergerak untuk membuka pintu taxi. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam perut taxi, begnya ditarik. Dia berpaling.
"Awak?"
"Kau?"
Serentak mereka bertanya.
"Kenapa awak tarik- tarik ni.Nak merompak ke? Esok- esok je lah merompak, Saya dah lambat ni nak pergi kerja!" Marah Airis.
"Eh! banyak cantik muka kau. Merompak kepala hotak kau. Aku yang tahan dulu taxi ni. Kau pulak yang nak naik. Apa kes?"
"Ewah ewah main kepala hotak saya. Dah sah- sah taxi ni berhenti depan saya, maknanya saya lah yang dapat naik dulu" Terang Airis tidak mahu mengalah.
"Aku tak kira, aku nak naik dulu" Tegas Aiman lalu membuka pintu seat hadapan.
Airis yang melihat Aiman masuk kedalam perut taxi terus membuka pintu seat belakang dan duduk di dalam taxi. Lama dia menunggu taxi dan kali ini dia tidak akan mengalah.
"Eh minah, keluar lah! Aku dah lambat nak pergi kerja ni!"
"Awak lah keluar, saya pun dah lewat ni" Bebel Airis.
Sedang mereka berperang mulut,
"Destination?". Tanya pemandu taxi kepada mereka berdua.
"Star Fiction Modelling Agency!". Sekali lagi mereka menjawab serentak.
"Tiru saya!"
"Kau tu tiru aku!"
"Awak lah, kenapa saya pulak?"
"Malas aku layan minah sewel macam kau ni"
10 minit berlalu. Pergaduhan itu masih berlanjutan sehinggalah taxi berhenti di destinasi yang sepatutnya.
................
Dum! Dum!
Keluarlah dua orang makhluk yang tidak berhenti- henti bergaduh. Pergaduhan mereka berlanjutan sehingga ke dalam lif.
Tingg!
"Aku masuk dulu"
"Arghh saya dulu"
"Aku dulu"
"Saya dulu"
Sedang mereka bergaduh, datang seorang makcik cleaner lalu menolak mereka berdua masuk ke dalam lif.
"Itadakimasu". Kata makcik cleaner itu sebelum berlalu pergi.
Airis dan Aiman terlopong melihat makcik cleaner itu pergi begitu sahaja selepas menolak mereka.
"Bahasa apa tu?". Tanya Airis kepada Aiman.
"Tu pun tak tahu, Vietnam lah babun". Jawab Aiman dengan confident.
Airis bangun lalu menyapu debu pada seluarnya. Dia menjongketkan keningnya kepada Aiman.
"Apa?". Marah Aiman tidak puas hati.
"Nak naik tingkat berapa? Saya nak tolomg tekan ni"
"Takyah, biar aku tekan sendiri". Dia menepis tangan Airis yang berada di punat lif.
Airis terkejut.
Dia bukan terkejut kerana tangannya ditepis tetapi dia terkejut kerana di tangan Aiman terdapat parut yang besar sama seperti parut ditangan orang yang pernah menolongnya 3 hari lepas.
"Nama awak siapa?" Tanya Airis untuk kepastian.
"Aiman!" Jawabnya dingin.
"Kebetulan kot tanda tu sama". Desis hati Airis.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...