BAB 17

3.1K 234 37
                                    

"Aqhif Arian bin Abdullah Lee"

"Ya, saya!"

"Aku nikahkan dikau akan Arissa Lea binti Faizal Tan dengan berwakil wali, bapanya kepadaku dengan mas kahwin sebanyak RM 109 tunai"

"Aku terima nikahnya Arissa Lea binti Faizal Tan dengan mas kahwin sebanyak RM 109 tunai!"

"sah!"

Sanak- saudara mula bersalaman dengan pengantin dan mengucapkan tahniah.

Tiba saat acara membatalkan air sembahyang, Airis melihat Aqhif berjalan dengan senyuman kearah Arissa. Aqhif menyarungkan cincin yang sepatutnya menjadi miliknya kepada Arissa. Cincin yang dipilih sendiri oleh Airis sempena majlis perkahwinannya dan Aqhif. Namun siapa sangka, cincin yang dipilih olehnya itu bukan ditakdirkan untuk berada di jari manisnya.

Airis tidak dapat menahan airmata ketika melihat Aqhif mencium dahi Arissa. Mereka kelihatan seperti pasangan yang sangat bahagia, bersuka- ria, bergelak ketawa di atas pelamin.

Airis berlari menaiki tangga untuk kebiliknya. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang. Dia langsung tidak meminta maaf tetapi sebaliknya hanya berlalu pergi.

Pintu bilik ditutup. Tudung shawl yang tersarung di kepalanya dicabut. Dia membaringkan badannya diatas katil sambil memandang sepi kipas yang berpusing. Mata dipejam sehinggalah akhirnya dia terlelap dalam tangisan.

"Kesian anak mummy. Airis, kejarlah cinta Allah dan berhenti berharap pada manusia. Nanti Allah akan hadirkan lelaki yang lebih baik dalam hidup Airis. Dia adalah lelaki kedua yang sangat sayangkan Airis dan akan selalu jaga Airis macam daddy" Tutur Puan Annie kepada Airis sambil mengusap perlahan kepala Airis.

Airis membuka perlahan matanya apabila dia merasa ada gerangan yang mengusap lembut kepalanya.

"Hkks..hisk..hisskk. M- mummy, Ai- Airis tak kuat mummy. Airis sakit!"

Makin lama makin kuat tangisan Airis. Dia menyembamkan muka ke dada mummy. Dia menghamburkan segalanya.

Puan Annie menggosok belakang badan Airis sambil menenangkannya. Dia memberikan kata- kata semangat untuk Airis. Sungguh dia bangga ada anak sebaik Airis.

"Airis kena ingat, apa yang jadi dekat Airis harini adalah ujian. Ujian untuk Airis dapatkan kebahagian sebenar Airis. Jangan sedih- sedih macam ni. Airis kekuatan mummy tau, kalau Airis sedih mummy lagi sedih". Pujuk Puan Annie lagi.

"Kita orang pun selalu ada untuk kau. Kita orang sayang kau dan akan selalu sayang kau!" Sampuk Ita dan Nina yang tiba- tiba masuk kedalam bilik Airis.

Mereka berempat saling berpelukan. Puan Annie sudah menganggap Ita dan Nina seperti anaknya sendiri kerana mereka sentiasa ada untuk Airis sama ada waktu suka atau duka.

Airis meleraikan pelukan. Dia memandang mummy sambil menyeka airmata dipipi.

"Airis nak pergi Instanbul. Airis dah hantar resume untuk jadi fashion designer kat sana. Boleh tak mummy?"

"Boleh sayang. Asalkan anak mummy happy." Balas Puan Annie.

Sungguh dia tidak sanggup untuk berjauhan dengan puteri tunggalnya namun jika hanya ini yang dapat melegakan luka di hati Airis, dia rela melepaskan Airis pergi.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now