BAB 19

2.9K 188 15
                                    

Airis membuka mata. Dia melihat jam dinding yang menunjukkan pukul 4 pagi. Dia bangun melangkah ke bilik air. Pili dibuka dan dia mengambil wuduk. Sejadah dihampar dan telekung disarung. Dia menunaikan solat sunat dan solat subuh.

Selesai solat dia berteleku di atas sejadah. Dia menadah tangan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, dia bukan jodohku. Kau hapuskan lah segala ingatanku tentang dia. Kau beri lah aku kekuatan untuk aku terus kuat berdepan dengan ujianMu dan kau permudahkanlah segala urusan ku untuk terus beristiqamah kepadamu. Amiin."

Quran disisi katilnya dipandang lama. Dia mengambil dan menyelak helaian demi helaian. Namun dia hanya sekadar menyelak kerana dia sudah lupa cara membaca Al quran. Sudah lama dia tidak mengaji dan sudah lama dia tidak solat. Mungkin ada hikmah Allah turunkan ujian yang berat untuknya lebih mendekatkan diri kepada sang pencipta.

.......

Airis terpisat- pisat membuka mata apabila dia mendengar orang memanggil namanya.
Dia membuka mata lalu tersenyum melihat mummy duduk bersimpuh ditepinya. Dia membaringkan kepala di riba mummynya.

"Kenapa tidur atas lantai ni, sayang mummy"

"Airis tertidur tadi lepas solat subuh. Mummy, tak kerja ke harini?" Soal Airis pula.

"Mummy rasa mummy dah banyak kali abaikan Airis sebab kerja. Biarlah kali ni mummy fokus pada Airis pulak!" Ujar Puan Annie sambil mengelus manja pipi Airis.

Airis tersenyum manja.

Knock! Knock!

Terpampang wajah maksu disebalik pintu bilik.

"Airis, Kak Annie, jomlah turun makan. Semua dah tunggu dekat bawah. Lagipun kejap lagi Arissa, Aqhif dengan Rafiq dah nak balik rumah keluarga Aqhif. Maksu pulak dah nak fly balik Paris." Kata maksu.

Airis dan Puan Annie hanya mengganggukkan kepala sebelum melihat maksu beredar pergi disebalik pintu.

Puan Annie memandang Airis. Dia tersenyum sambil berbisik kepada Airis.

"Buktikan anak mummy hebat!" Bisiknya sebelum bangun untuk turun ke dapur.

Airis yang mengerti maksud mummy itu hanya menggangguk perlahan. Meskipun bibirnya masih tidak dapat mengukirkan senyuman namun hatinya sudah sedikit tenang tidak seperti semalam.

Airis melangkah laju ke bilik bilik air untuk mandi. Selesai mandi, dia menyarungkan tshirt lengan panjang berwarna kuning dan palazo putih ke badannya. Dia mengoleskan sedikit liptint ke bibirnya untuk menyembunyikan wajahnya yang pucat. Rambutnya hanya dilepaskan tanpa diikat.
Setelah itu dia melangkah ke dapur.

Setiba di dapur, dia melihat Aqhif dan Arissa makan bersuapan. Dia hanya berpura- pura tidak nampak dan mengambil tempat duduk bertentangan Arissa. Dia makan seperti biasa. Sekali- sekala ada matanya bertembung dengan Aqhif namun dia cepat- cepat melarikan anak matanya.

"Ermm Airis, maksu dengar mummy kamu cakap yang kamu nak ke Instanbul, betul ke?"

Aqhif tersentak. Manakala Arissa hanya memberikan reaksi yang kosong.

"Buat apa pergi sana?" Tanya Aqhif terkejut.

"A' ah maksu". Jawab Airis pendek.

Dia hanya menjawab pertanyaan maksunya sahaja. Bukan dia tidak dengar pertanyaan Aqhif, cuma dia rasa buat masa sekarang dia belum sedia untuk bercakap dengan Aqhif.

"Airis, saya tanya ni kenapa nak pergi Instanbul?" Tanya Aqhif lagi.

Dang! Pinggan dihentak.

Dia memandang Aqhif dengan pandangan tajam sebelum berlalu meninggalkan ruang makan. Sebelum melangkah sempat dia berpaling.

"From now on, mind your own fucking business". Tengking Airis.

Semua orang dimeja makan terkaku. Inilah kali pertama mereka melihat Airis marah kerana sebelum ini Airis tidak pernah marah.

.......

Knock! knock! pintu bilik Airis diketuk lagi.

Tersembul wajah Puan Annie di muka pintu.

"Airis, maksu dengan Aqhif dah nak berangkat pergi. Airis taknak hantar dia orang sampai depan ke?"

"Mummy kirim salam Airis dekat maksu ey. Airis tak nak keluar bilik. Airis tengok maksu dari tingkap je lah ey" Jelas Airis.

"Okey lah, mummy turun dulu. Kalau ada apa- apa bagitahu ya?"

Airis sekadar mengangguk.

"Oh ya, lupa nak bagitahu, Ita dengan Nina dah balik tadi. Dia orang tak sempat nak jumpa Airis tadi." Sambung Puan Annie lagi.

"Hmmm". Balas Airis lemah.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now