Kakinya yang dibaluti dengan dengan bandage disentuh. Dia masih mengenangkan kejadian tadi. Dia tidak dapat berfikir, apakah yang akan terjadi kepadanya sekiranya Seth tidak menyelamatkannya.
"Seth? Dia orang melayu tapi kenapa nama macam mat salleh?" Bisik Airis perlahan. Tanpa dia duga, Nina disebelahnya mendengar bisikan Airis.
"Normal lah tu, dekat sini memang ramai orang melayu tukar nama mat salleh. Nabila jadi Bella, Hidayah jadi Eya, Mariam jadi Mary" Jelas Nina.
Perbualan Airis dan Nina terhenti disitu apabila mereka melihat Ita muncul daripada dapur. Dia membawa sedulang nasi dan air untuk Airis disebabkan Airis tidak dapat berjalan, akibat daripada kakinya yang terseliuh. Haruman nasi goreng yang dimasak oleh Ita benar- benar menggugat diet Airis. Perutnya yang berkeroncong segera diisi dengan nasi goreng.
Nina dan Ita yang melihat Airis makan dengan gelojoh hanya tersenyum.
"Btw, nanti pukul 10 pagi, kita orang dah nak pergi kerja tau. Kau kalau nak apa- apa, bagitahu awal- awal!" Pesan Nina.
"Oh okay! No problem boss!" Jawab Airis.
..........
Remote ditekan- tekan, siaran televisyen tiada satu pun yang menepati citarasa Airis. Dia mula bosan. Dengan bersusah payah, dia bangun berjalan perlahan- lahan ke koridor. Permandangan kota Instanbul diperhati.
Telepon dikeluarkan dari poket. Dia menghidupkan telepon. Banyak mesej dan missed call diterima daripada Aqhif, mummynya dan unknown.
Unknown? Sekali lagi dia perhati betul- betul. Ini adalah nombor sama yang pernah memberitahunya tentang hubungan terlarang Aqhif dan Arissa.
Mesej dibuka.
From unknown:
-Jangan percayakan siapa- siapa. Kadang- kadang orang yang paling rapat dengan kita, adalah musuh sebenar kita.
- Dia dengki dengan kau, hati- hati.
you have been blocked
"Siapa dia?" Airis binggung kerana ini merupakan kali kedua dia mendapat mesej amaran seperti ini. Dia juga binggung memikirkan siapakah yang sedang menolongnya dalam diam.
Sedang dia berteka- teki, teleponnya berdering. Tertera nama Aqhif. Dengan malas dia mengangkatnya.
"Kau nak apa?"
"Awak stay lama ke dekat Instanbul?"
Airis benggang apabila soalannya dijawab dengan soalan juga daripada Aqhif.
"Malas aku layan orang gila macam kau". Belum sempat dia menekan tanda 'end call',
"Saya rasa saya masih perlukan awak". Laju Aqhif menuturkan kata tanpa rasa bersalah.
"Rasa? Kau tumpukan je lah dekat keluarga kau, jangan kacau aku"
"Tapi saya ma...."
Tittt! Panggilan dimatikan sebelum Aqhif sempat berkata- kata.
Huh! Airis mengeluh.
Permandangan kota dipandang, perlahan- lahan airmatanya menitis lagi. Tidak dinafikan hatinya tersentuh saat Aqhif menyatakan yang dia perlukan Airis. Sebab itu lah dia segera memutuskan panggilan. Dia takut sekali lagi dia termakan dengan kata- kata Aqhif.
Ting! Ting!
Kali ini lagi deras airmatanya menitik. Dia melihat Aqhif menghantar foto mereka saat mereka bertunang. Segala memori tentang Aqhif kini terimbas dalam kotak fikirannya.
"A- aku tak kuat Ya Allah, Aku takut, Aku jatuh lagi". Rintih Airis.
Sungguh kuat dugaan yang dia rasakan. Semakin dia berusaha untuk melupakan Aqhif, semakin banyak kenangan tentang Aqhif terimbas di fikirannya.
Selepas penat meratapi nasib dengan deraian airmata, Airis berura- ura hendak masuk ke dalam rumah.
"Oi orang sebelah, putus cinta ke?"
Airis terkejut. Dia tidak menyangka sebelah rumahnya ada penghuni kerana sebelum ini Nina kata bahawa penyewa rumah sebelah telah berpindah.
"Oi orang sebelah, bisu ke?" Dia bertanya lagi apabila pertanyaan pertamanya dibiarkan tanpa jawapan.
"Jangan sibuk hal orang lah kau. Aku lempang 7 keturunan tercabut gusi baru tahu" Marah Airis sebelum masuk ke dalam rumah dengan terhuyung- hayang.
"Over betul minah ni! Aku tanya je pun. Aku bakar koridor kau baru tahu!" Bebel Aiman.
...........
Lagu Ddu Ddu Dhu berkumandang. Airis dengan mamai mengganggat telepon.
"Hello, I'm Lexi from Star Fiction Modelling Agency. Are you Miss Airis?"
Airis yang terkejut terus membuka mata dengan luas. Nafas diatur sebelum bercakap.
"Hello Lexi, Airis here"
"In 6 days, you have to register as Fashion Designer at Star Fiction Modelling. Do you have any problems with that?"
"No, I'm not. Sure! we will meet again within 6 days". Balas Airis teruja sebelum Lexi memutuskan talian.
Airis bersorak kegembiraan. Segala kesedihannya dilupakan dengan sekelip mata. Menjadi pereka fesyen merupakan impiannya sejak kecil lagi. Namun kerana Aqhif tidak membenar Airis bekerja jika mereka berkahwin, maka Airis terpaksa melupakan cita- citanya.
Oleh kerana dia tidak jadi berkahwin dengan Aqhif, maka dia menyambung kembali impiannya yang terputus sekerat jalan sebelum ini.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...