Airis terhendap- hendap memandang ke kiri ke kanan. Sekali- sekala dia berhenti untuk memastikan tiada sesiapa perasan akan tingkahnya yang mencurigakan. Sekali dia nampak seperti seorang pencuri, mana taknya dah lah memakai pakaian serba hitam ditambah pula dengan mask dan topi.
"106!" Bisik hatinya riang apabila melihat nombor bilik yang dicarinya dari tadi.
Sekali lagi dia memandang ke kanan ke kiri sebelum masuk ke ruangan Aiman. Dia harus memastikan kedatangannya tidak diketahui oleh KakSu. Tidak mahu dia sekali lagi diusir jika ketahuan mendekati Aiman.
Streett! Bunyi pintu bilik dibuka.
Dia melangkah masuk lalu menutupnya dengan berhati- hati agar tidak menghasilkan bunyi yang bising. Dia tidak mahu mengganggu masa untuk Aiman berehat.
Perlahan dia melabuhkan punggungnya disisi Aiman. Wajah pucat Aiman ditenung lama. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dia rasakan saat ini. Berat untuk dia laluinya begitu juga dengan Aiman.
Dia menggosok kepala Aiman dengan hiba. Setitis demi setitis mutiara jernih luruh daripada kelopak matanya.
"B-banyak sangat u-ujian yang p-perlu kita lalui. M-mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama" Luah Airis sayu sambil meletakkan kepala berbaring disisi Aiman.
Sedang dia menangis, tiba- tiba dia berasa ada tangan menyeka airmatanya. Dia bangun mengangkat kepala dan melihat Aiman sudah pun tersedar.
"Girl, don't you e-ever give up! Fight for m-me! Fight for us!" Tutur Aiman lemah.
Dia tidak mahu Airis menyerah begitu saja. Memang sukar untuk mereka melalui ini semua. Tetapi ianya tidak mustahil. Allah itu ada.
Airis mengangguk sayu. Semakin deras airmatanya menitis. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Aiman. Meluahkan segala yang terbuku dihati dengan cara menghamburkan tangisan.
"A-aku bertahan u-untuk kau! Kau pun k-kena bertahan untuk a-aku". Ujar Aiman lagi.
"Janji!" Tambahnya lagi sambil menghulurkan jari kelingkingnya pada Airis.
Airis tersenyum hambar melihat gelagat Aiman. Dalam keadaan begini pun dia masih cuba berusaha untuk membuat Airis ketawa dengan lagak comelnya.
"Janji!" Balas Airis sambil menjalinkan jarinya dengan jari Aiman.
Aiman bangun membetulkan kedudukannya. Dia duduk menyandar di bahu katil. Aiman menggerakkan mata memberi isyarat kepada Airis untuk duduk disisinya.
Airis mengangguk.
Sunyi sepi sebentar ruangan Aiman. Hanya kedengaran nafas masing- masing. Masing- masing saling bersandaran antara satu sama lain. Masing- masing saling berharap.
"Sorry" Aiman memecahkan kesunyian.
"Kenapa?" Tanya Airis binggung sambil melurut- lurut rambut Aiman yang serabai.
"Sebab tak datang semalam" Tuturnya dengan rasa bersalah.
"Tak apa. Saya faham"
15 minit berlalu. Masing- masing sedang meluah, bercerita dan bergelak- ketawa. Tiba- tiba Aiman terdiam. Pada waktu ini Airis masih tidak perasan akan perubahan Aiman yang tiba- tiba diam.
Airis masih meneruskan cerita seperti biasa. 5 minit berlalu baru dia perasan akan perubahan Aiman.
Airis memandang Aiman. Dia terkejut kerana melihat banyak darah keluar dari hidung Aiman. Badan Aiman juga tiba- tiba menjadi sejuk seakan- akan seperti berada dalam ais.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...