BAB 43

2.5K 194 10
                                    

"Jangan! Jangan pergi! Aiman tunggu saya! Aiman! Awak! Awak!"

Airis membuka mata. Dia memandang sekeliling. Mengucap panjang dia sambil meraup muka. Mimpi rupanya. Dadanya berombak kencang, nafas tidak teratur. Walaupun ianya sekadar mimpi, dia merasakan perkara itu seperti benar- benar terjadi.

Dia mencapai telepon disisinya lalu mendail nombor Aiman. Masih tidak berangkat. Takut! Itu yang dia rasakan saat ini. Takut bahawa mimpinya menjadi kenyataan. Takut dia tak akan bertemu dengan Aiman lagi.

"Ya Allah, Semoga semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Dan semoga semua ini hanya mainan tidur. Amiin!" Airis menadah tangan berdoa kepada Allah.

Huh! Airis menguak rambutnya yang serabai ke belakang.

Dia memandang ke sisinya, kelihatan Rafiq masih tidur dengan nyenyak sambil memeluk botol susunya.

Dia mengelus manja pipi Rafiq.

"Kesian baby. Kecik- kecik dah hilang mama". Rintih Airis dalam hati. Sungguh dia kasihan dengan nasib yang menimpa Rafiq.

Kelihatan Rafiq menggeliat kecil kerana Airis mengganggunya tidur.

Tiba- tiba Airis tersenyum apabila teringat kejadian tadi.

Kejadian dimana Rafiq mahu mengikutnya pulang sehingga tidak berhenti bergayut di kaki Airis. Airis yang tidak sampai hati terus membawa Rafia pulang. Airis akui, kehadiran Rafiq sedikit sebanyak membuatkan rasa sedihnya menghilang. Benarlah kata orang, kanak- kanak sentiasa membuatkan orang sekeliling mereka tersenyum bahagia.

.......

"Ha kau ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba ajak aku shopping!" Tanya Ita pelik kerana kebiasaannya Airis adalah manusia yang paling malas shopping.

"Saja nak keluar jalan- jalan ambik angin dengan Rafiq!" Balas Airis sambil mencuit pipi Rafiq.

Rafiq yang berada dalam dukungan Airis hanya ketawa perlahan apabila Airis mencuit pipinya.

"Bapak dia tahu tak kau bawak anak dia ni jalan- jalan? Kan dia pergi report kau culik anak dia, tak pasal- pasal dengan aku sekali kena!"

"Aku dah bagitahu. Dah jom! Shopping!".

"Ok lah jom! Lagipun kita cuma ada lebih kurang 2 minggu lebih lagi dekat Malaysia"

Zupp! Sesuatu terlintas difikiran Airis. Sekelip mata moodnya berubah menjadi sedih.

"Ha sudah! Aku salah cakap ke? Halah mulut, buat hal betul!" Desis hati Ita apabila melihat riak wajah Airis tetiba berubah. Dia tahu pasti Airis memikirkan Aiman.

"Dah jom! Kata nak shopping! Tercegat apa lagi tu?" Bebel Ita pura- pura tidak tahu.

Melihat Airis yang masih tidak bergerak, dia pun menarik lengan Airis untuk mengikutinya.

3 jam berlalu, akhirnya mereka berjaya menjelajah semua kedai- kedai dalam shopping kompleks itu. Penuh mainan Airis borong untuk Rafiq. Entah kenapa dia berasa senang melihat Rafiq ketawa. Mungkin kerana selama ini dia tidak pernah mempunyai adik dan dia telah menganggap Rafiq sebagai adiknya.

"Jom pergi makan!" Rengek Ita manja sambil menggosok perutnya.

"Jom!"

Laju mereka berdua mengatur langkah ke cafe berdekatan untuk makan tengahari.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now