Bajunya ditilik buat kali terakhir sebelum melangkah keluar ke ruang tamu. Arissa diiringi oleh ibunya a.k.a maksu, Airis dan sanak saudara lain serta Ita dan Nina menuruni tangga.
Sebaik saja sampai ke anak tangga yang terakhir, mereka melihat ramai orang sedang menunggu kedatangan pengantin wanita. Jurugambar profesional bertungkus- lumus mendapatkan angle yang bagus untuk mendapatkan gambar kahwin yang berkualiti.
Di sudut yang lain, Airis memerhati gelagat Aqhif yang gelisah. Aqhif langsung tidak mengangkat kepala melihat pengantin perempuan yang menuruni tangga. Arissa dan Airis lalu disebelah Aqhif namun tidak sedikit pun Aqhif berpaling melihat mereka.
"Mungkin ni adalah perkara terakhir yang saya buat untuk awak, Aqhif. Semoga lepas ni awak bahagia walaupun saya terpaksa terluka" Hatinya meronta. Jiwanya terseksa.
Saat ini ingin saja dia berlari keluar. Menjerit seperti orang gila. Hamburkan segala kemarahan dan kekecewaannya. Namun dia sedar yang dia masih ada dahi untuk bersujud meminta pertolongan daripada yang maha berkuasa.
Tiba- tiba tangannya digenggam perlahan. Dia melihat Ita dan Nina yang sedang tersenyum memandangnya sambil menganggukkan kepala.
"Kita orang bangga ada kawan macam kau. Kita orang sayang kau. Kau kena kuat!" Bisik Ita kepada Airis.
Mereka bertiga berpegangan tangan menyalurkan kekuatan kepada Airis untuk mengharungi segalanya.
Kelihatan Tok Kadi sedang mengedarkan borang kepada pasangan pengantin dan memberi sedikit tazkirah kepada Aqhif tentang tanggungjawab sebagai suami.
Lima minit berlalu.
"Baiklah kita akan bermula." Kata kadi sambil memastikan bahawa para wali dan pengantin sudah sedia.
"Aku nikahkan dikau akan Arissa Lea binti Faizal Tan dengan berwakil wali, bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya RM 109 tunai"
Aqhif tercenggang.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...