BAB 48

2.9K 220 19
                                    

Ting tong! Ting tong! Loceng rumah Aiman ditekan berkali- kali.

Streeeet! Pintu dibuka. Tersembul wajah KakSu didepan pintu.

Aqhif dan Ita memaparkan senyuman mesra kepada KakSu.

"Boleh jumpa Aiman kejap? Kami kawan dia" Aqhif memulakan percakapan.

"Aiman dah semalaman tak keluar bilik" Ujar KakSu dengan riak sedih.

Hah! Terkejut Ita dan Aqhif.

"Kami nak naik pergi bilik dia boleh?" Tanya Aqhif lagi.

KakSu mengangguk.

Dia mempelawa Ita dan Aqhif untuk masuk ke dalam rumah.

"Bilik Aiman pintu warna putih" Ujar KakSu sambil menudingkan ibu jari.

"Terima kasih" Ucap Aqhif dan Ita serentak.

KakSu mengangguk lalu beredar pergi ke dapur.

Aqhif dan Ita saling berpandangan.

"Kau lah ketuk!"

"Kau lah!"

"Kau kan lelaki!"

"Hmm ye lah!" Ujar Aqhif pasrah.

Knock! Knock! Knock!

Lama mengetuk tapi masih tiada sahutan dari dalam.

Aqhif memandang Ita.

"Dia tak nak jumpa sesiapa kot" Fikir Aqhif sambil menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ketuk lah lagi!"

"Masalahnya dah nak tercabut tulang aku ni!"

"Ketuk je lah!". Ita mendesak lagi.

"Hmm ye lah!" Balas Aqhif akur.

Knock! Knock! Knock!

Masih tiada sahutan dari dalam.

"Kita balik je lah. Esok kita datang lagi" Ajak Aqhif berura- ura hendak pulang.

"Kepala hotak kau! Alang- alang dah sampai ni, kita jumpa je lah!" Bebel Ita.

"Hmm ye lah" Sekali lagi Aqhif akur.

Entah kenapa dengan Ita sedikit pun dia tidak dapat membantah. Mungkin kerana telah timbul sesuatu. Entah lah! Mungkin!

20 minit berlalu dan mereka masih disitu menunggu Aiman membuka pintu bilik.

Ita sudah mula benggang dengan perangai Aiman. Sudah lama dia bertahan. Dari tadi lagi dia bersabar menunggu Aiman membuka pintu.

"Kalau kau tak buka pintu ni, aku pecahkan!" Laung Ita dari luar bilik.

Tetap saja masih tiada sahutan dari dalam.

Aqhif terkelu.

"Tepi sikit! Aku nak pecahkan pintu!" Arah Ita.

Aqhif memegang lengannya menahan dari bertindak keterlaluan.

"Rumah orang ni! Kau jangan buat hal!"

"Aku tak ada pilihan!"

Haih! Aqhif mengeluh. Degil sungguh perempuan yang bernama Ita ni.

"Biar aku pecahkan!" Ujar Aqhif setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Dia memberi isyarat kepada Ita untuk berundur sedikit menjauh darinya. Ita mengangguk faham.

Dum! Dum! Dengan dua kali percubaan, pintu bilik Aiman akhirnya terbuka.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now