Tap! Lampu bilik ditutup.
Airis merebahkan badannya diatas katil. Dia merenung kipas yang berputar. Ditarik selimut menutupi separuh badannya. Telepon lamanya dibuka. Dia melihat banyak mesej dan panggilan dari Maksunya dan Aqhif. Telepon kembali ditutup, dia masih tidak bersedia untuk berhubung kembali dengan Aqhif.
Jam menunjukkan pukul 12:30 pagi namun matanya masih tidak dapat terlelap. Dia bangun lalu beredar ke koridor rumahnya untuk menghirup sedikit udara segar. Manalah tahu setelah menghirup udara segar, dia akan berasa mengantuk.
Sedang dia termenung di koridor, dia melihat asap berkepul- kepul datang kearahnya daripada rumah sebelah.
Huk! huk! huk! Airis batuk kerana tersedut asap itu.
"Oii orang sebelah, nak hisap rokok pun agak- agak lah. Asap awak masuk dalam kawasan saya ni!" Marah Airis.
"Oii babun, bukan asap rokok lah, asap vape je pun!"
"Babun kau panggil aku! siap kau! aku report dekat tuan rumah!"
"So?"
Airis yang menyampah dengan jiran sebelahnya segera masuk ke dalam rumah. Namun tidak sempat untuk masuk kebiliknya kembali, tiba- tiba dia teringatkan sesuatu.
"Eh asal aku rasa suara dia familliar? Babun? Eh! Aiman!".
Baru dia teringat Aiman pernah memberitahunya bahawa rumah dia berdekatan dengan rumah Airis.
"Asal aku lambat sangat cam ni, dah sebulan kot kerja sekali. Adoii!" Bisik hati Airis.
Airis melangkah ke koridor kembali. Dia melihat asap- asap vape itu masih ada. Itu bermakna Aiman masih berada di koridor itu juga. Yang menghalang mereka sekarang ini hanyalah dinding batu.
"Aiman? awak ke tu?" Tanya Airis berhati- hati takut tersalah orang.
"Dah sebulan aku rasa, baru sekarang kau tahu aku jiran kau!"
"Mana aku tahu kau ting..."
"Apa je yang kau tahu!" Pintas Aiman laju.
Krik! krik! krik!
Masing- masing mendiamkan diri.
"Asal tak tidur lagi?" Tanya Aiman.
"Err- rr, aku tak boleh tidur. Kau?"
"Sama". Jawab Aiman pendek.
"Thanks"
"Motif?". Aiman binggung.
"Awak yang tolong saya haritu kan, dekat pantai?"
"Hmm. Welcome! lain kali kalau nak jog, jangan pergi sorang- sorang. Ajak je lah sesiapa pun! Kalau tak ada orang nak teman kau jerit je tepi koridor ni panggil aku. Aku teman kau" Panjang lebar Aiman berpesan.
"Betul? Yeay!" Alisa bersorak kegembiraan.
Tanpa mereka sedari, masing- masing sedang tersenyum disebalik dinding batu. Seorang seperti dilamun cinta, seorang seperti disamun cinta.
.........
Kringggggg! Jam loceng Airis berbunyi.
Matanya digosok perlahan. Dia berasa baru 10 minit dia melelapkan mata. Ini kerana lama dia berborak dengan Aiman di koridor sehinggalah pukul 4 pagi. Dengan mata tertutup, dia tersenyum seorang diri.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomansaHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...