27. 06. 2020
- Kata orang cinta itu buta, sebab cinta manusia sanggup menggadai maruah dan kasih sayang keluarga. Gila. Mungkin itulah aku. Orang gila yang sanggup mengkhianati cinta keluarga demi nafsu syaitan.Buku ditutup. Coretannya untuk hari ini. Begini lah rutin hariannya sejak 3 tahun yang lalu. Menulis coretan hati dalam sebuah buku. Apakah daya nak meluahkan tapi terlalu pahit untuk diluahkan.
Dia memandang kearah Rafiq yang sedang lena dibuai mimpi.
"Qhif, muka Rafiq iras sangat dengan awak. Mata dia sebijik macam mata hazel awak. Macam mana saya nak lupakan awak kalau setiap kali saya tengok Rafiq, saya nampak awak!" Bisik Arissa di dalam hati.
Inilah alasan kenapa dia jarang pulang ke Malaysia setelah dia melahirkan Rafiq di Australia. Dia tidak ingin Airis perasan akan wajah Rafiq yang seiras dengannya itu.
"Mama...mama...mmmama!"
"Eh, baby boy mama dah bangun? Boboy mama nak makan ke cayang"
"Ermm...mamamm"
Arissa tersenyum. Rafiq menjadi sumber kekuatan untuk dia selalu tabah menhadapi dugaan hidup. Bukan mudah hidup dengan menjadi ibu tunggal. Dicemuh, dihina, dicaci dah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Namun demi Rafiq dia sentiasa berfikiran positif.
Knock! Knock! knock!.
Pintu dibuka. Tersembul Airis dimuka pintu dengan senyuman yang menampakkan gigi taringnya.
"Icha, jom teman aku pergi beli barang hantaran. Jomlah! Please!" Rayu Airis dengan membuat muka cute ala- ala kucing tertelan paku.
"Okey lah, tapi aku bawak Rafiq tau. Dia tak boleh berpisah dengan aku. Nanti menangis tak ingat dunia"
"Suka hati kau lah, kalau kau nak bawak jiran sebelah pun aku on je. Asalkan kau ikut aku. Aku dah lah lama tak jumpa kau! Rindu nak lepak!" Ujar Airis manja.
"Dahlah, aku nak mandikan Rafiq dulu kejap! Kau keluar pergi mandi, bau dah macam nenek kebayan dah ni!" Halau Arissa.
"Okay boss! Bye!" Airis tersenyum lebar.
Bum! Pintu ditutup.
Arissa mengeluh. Kalau ikutkan dia malas keluar rumah. Tetapi dia tidak sanggup nak menghampakan permintaan Airis. Sudahlah mereka berdua sudah lama tidak bertemu.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...