BAB 18

2.9K 198 3
                                    

Aiman's pov

2 New messages
From: Bebal kuasa 2

- Hai goblok.
- Memandangkan kau sedang bercuti, jom ikut aku esok.

-Manoi?

- Aku dapat job boekk punya. Kau ikut aku jadi assistant photographer. Amacam siokk.

- Aku balik Malaysia nak
bercuti. Bukan nak kerja
dengan kau. BODOH.

- OK, esok. DEAL!

- Woii

seen.

.................

"Nak jugak ikut aku rupanya!"

"Dah kau pergi mengadu dekat kakak aku yang aku taknak tolong tu kenapa? Habis benjol kepala aku kena ketuk dengan penyapu!"

"Dah kalau aku tak mengadu dekat isteri aku, aku nak mengadu dekat siapa? Takkan nak bagitahu isteri jiran pulak!"

"Menyesal aku terima kau jadi abang ipar."

.................

"Pengantin harini tak ada shoot outdoor. So pastikan gambar yang kau ambik tu perfecto. Satu lagi, harini tugas kau bukan ambik gambar pengantin ta...."

"Ambik gambar suasana wedding and ahli keluarga pengantin. Takyah bagi tahu. Aku dah tahu"

Dulu dia pernah bekerja sebagai pembantu jurugambar kahwin sebelum dia bekerja sebagai jurugambar bagi syarikat permodelan di luar negara. Oleh itu, dia ada banyak pengetahuan tentang tugasnya itu.

"Bagus. Gambar pengantin biar aku handle"

"Dah tu memang kerja kau. Kalau aku kata bodoh kan marah pulak!" Bebel Aiman serupa mak nenek.

............

"Man, kau pergi tingkat 2 ambik gambar suasana ahli keluarga dekat sana"

"Hmmm, ye lah!" Balas Aiman acuh tak acuh.

Sebenarnya dia malas ikut Iqbal a.k.a abang iparnya tetapi dia terpaksa kerana mengenangkan kakaknya yang memaksa.

"Haih! apalah nasib aku ni. Ambik cuti sebab nak tenangkan otak. Last2 kena ikut bebal tu pulak! Adoi!"

Sedang dia syok mengambil gambar ahli keluarga pengantin. Tiba- tiba dia rasa belakang badannya dilanggar. Kamera ditangannya jatuh.

"Ad......"

Belum sempat dia menghabiskan kata- katanya dia melihat perempuan yang melanggarnya itu menangis. Dia terkedu.
Perempuan itu hanya melarikan diri tanpa mengucapkan maaf.

"Eh eh? dia yang langgar aku, dia yang nangis? Tak faham betul aku dengan makhluk halus ni!"  Gerutu hati Aiman sebelum menyambung kembali kerjanya yang tertangguh akibat Airis.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now