Pagi ini Arissa kelihatan cantik sekali. Dia mengenakan busana pengantin berona putih rekaan daripada pereka fesyen terkenal tanah air. Wajahnya yang mulus ditambah pula dengan calitan mekap jurusolek terkenal menyerlahkan lagi keanggunannya.
Dia berdiri dihadapan cermin sambil menilik segenap inci badannya. Perlahan- lahan mulutnya mengukirkan senyuman.
"Akhirnya, dapat jugak aku kahwin dengan Aqhif. Kau kalah Airis, aku menang!"
Dia tersenyum puas. Akhirnya impiannya selama ini tertunai. Impian untuk merampas Aqhif daripada Airis.
Knock! knock! knock! Pintu bilik diketuk.
Arissa segera pura- pura kelihatan sedih dan berasa bersalah.
Pintu dibuka. Airis melangkah perlahan lalu duduk di birai katil Arissa.
"Icha, kau dah siap? Jom lah! Maksu cakap pengantin lelaki dah sedia nak akad nikah!" Ujar Airis sambil menahan sebak didada.
Mana- mana manusia dalam dunia ni pasti akan sedih apabila melihat orang yang kita sayang kahwin dengan orang lain. Namun Airis bijak menyembunyikan kesedihannya daripada orang lain.
"Aqhif tahu ke dia akan kahwin dengan aku harini, bukan kau?" Tanya Arissa tanpa rasa bersalah.
"Tak. Tapi jangan risau. Aku yakin dia happy bila tahu dia kahwin dengan kau"
"Okay!" Balas Arissa seolah- olah langsung tidak kisah akan perasaan Airis.
Airis hanya memandang sepi bilik pengantin dan baju pengantinnya yang kini menjadi milik Arissa. Bahkan sebentar lagi, tunangnya juga akan menjadi milik Arissa. Dia reda mungkin ini lah jalan cerita hidupnya yang telah diatur oleh yang maha kuasa.
Arissa memerhati gelagat Airis yang memandang sekeliling dengan senyuman yang puas.
"Ni lah yang aku rasa dulu, bila kau bertunang dengan Aqhif" Hatinya bersorak kegembiraan.
Bukan gembira kerana dapat memiliki Aqhif tetapi gembira melihat Airis derita.
Betul lah apa yang orang cerdik pandai pernah berkata
"Musuh kita kadang- kadang adalah orang yang paling kita rapat"
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...