Special Part 4❤️

3.3K 210 4
                                    

Airis's Pov

Huh!

"Penat betul hari ni! Cuti tapi rasa macam tak cuti! Kerja dekat office pun kena bawak balik sampai rumah!" Bebel Airis sambil menggeliat lenguh.

Remote radio ditekan. Hari ini entah kenapa moodnya rasa seperti ingin mendengar radio. Mana tahu ada keluar lagu baru BTS. Dia merupakan penggemar nombor 1 pasukan BTS.

Sambil berbaring sambil dia mendengar lagu. Mulutnya turut bergerak menyanyikan lagu yang di radio.

Mianhae mianhae hajima🎶
Naega chorahaejijana🎶
Ppalgan yeppeun ipsullo🎶
Eoseo nareul jugigo ga🎶
Naneun gwaenchana🎶

Rancak mulutnya bernyanyi mengikut nyanyian penyanyi asal sehinggalah lagu tersebut habis dinyanyikan.

Tiba masa untuk lagu yang seterusnya. Airis pun segera memejamkan mata untuk lebih menghayati.

"Hello, my name is Aiman Seth and I'm came here to find my future wife".

Terbuka luas mata Airis apabila mendengar apa yang berkumandang di corong radio. Dia menepuk- nepuk mukanya untuk memastikan dia tidak berangan.

Terkaku dia diatas tilam apabila dia mendengar sekali lagi suara itu di radio.

Aiman!

Memang benar itu dia. Airis menekup mulutnya. Sungguh dia tidak sangka, sehingga ke Korea, Aiman mencarinya. Terharu dia dengan kesungguhan Aiman.

Dia memejamkan matanya menghayati lagu yang dinyanyikan sendiri oleh Aiman. Sungguh mendalam maksud disebalik lagu itu. Sungguh pada saat ini dia tidak mampu berbuat apa- apa. Dia tersepit di tengah- tengah.

Dia pernah berjanji pada KakSu bahawa dia tidak akan bertemu dengan Aiman lagi dan dia tidak mahu memungkirinya. Tapi pada masa yang sama, dia juga sangat rindu pada Aiman. Ingin saja dia terus berlari ke bangunan SBS dan bertemu dengan Aiman.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now