8.00 malam, Malaysia
"Abang, sayang nak bagitahu abang sesuatu".
"Apa".
"Sayang sakit! Kanser perut tahap 2".
"Arissa stop kidding, it's not funny".
Mula- mula Aqhif tidak mengendahkan Arissa. Namun setelah dia melihat reaksi wajah Arissa yang sedih, hatinya terus dijentik rasa takut. Perlahan dia membawa tangan Arissa letakkan di dadanya.
"Please, tell me that is a joke". Rayu Aqhif. Saat ini nafasnya sudah tidak teratur. Jantungnya berdegup kencang.
"Unfortunately, not!". Suaranya bergetar tahan sebak. Airmata mula bertakung di tubir mata.
"Hahahaha, I dont believe it. Sayang tipu abang sebab nak tengok reaction abang macam- mana kan? Abang tak termakan lah dengan prank sayang" Basa- basi Aqhif tidak percaya.
Walaupun jantungnya seakan ingin pecah sekarang. Namun dia amat berharap bahawa itu hanyalah penipuan semata- mata.
Arissa memegang kepala Aqhif dengan kedua- dua tangannya. Matanya jauh merenung kedalam mata Aqhif.
"S- Sayang tak tipu. Sebelum ni sayang pening- pening selalu muntah, bukan sebab sayang pregnant! tapi sebab sayang ada c- cancer perut". Tersekat- sekat Arissa menuturkan. Airmata yang bertakung mula membasahi segenap inci wajah Arissa.
Aqhif terkelu. Dalam dia menatap mata Arissa, tahulah dia bahawa Arissa tidak menipu.
"A- abang, sayang takutt. Macam- mana, kalau s- sayang ma- mati". Teresak- esak Arissa menangis dalam pelukan Aqhif.
"Abang takkan biarkan! sayang kena kuat demi abang, demi Rafiq. Kita akan jumpa doktor yang paling bagus, abang akan bawak sayang pergi hospital yang paling canggih untuk rawat penyakit sayang". Terang Aqhif bersungguh- sungguh menyakinkan Arissa.
Perlahan Aqhif menggosok kepala Arissa bagi menenangkannya yang sedang menangis teresak- esak. Dia menyandarkan kepala Arissa didadanya. Bajunya basah lencun dek airmata Arissa.
Hatinya dipaut dengan seribu pilu. Dia melihat Rafiq yang sedang tidur sambil memikirkan apakah yang akan terjadi sekiranya Arissa meninggalkan mereka. Dia dan Rafiq akan kehilangan arah. Dia pernah kehilangan Arissa dulu dan kali ini dia tidak mahu kehilangannya lagi.
"Is it Kifarah?". Tanya Arissa tiba- tiba.
"Kenapa?".
"Hisk- hisk, sebab rampas abang daripada Airis dan khianat dia". Arissa meraung.
"Stop it! Sayang akan sembuh! percaya cakap abang. Esok kita jumpa speac..."
Belum sudah Aqhif berbicara,
Bluerk! Bluerk! Bluerk!
Berlari Arissa ke tandas. Bergegas Aqhif mengikutinya.
Dia memuntahkan darah. Penuh sinki dengan darah. Baju Arissa turut penuh dengan darah. Aqhif hanya mampu menggosok belakang Arissa dan menenangkannya.
"Kita pergi hospital sekarang!". Ajak Aqhif kalut sebelum berlari untuk mengambil kunci kereta.
Baru beberapa langkah berlari, dia mendengar bunyi yang sederhana kuat dalam bilik air. Dia berpatah balik dan melihat Arissa rebah tidak sedarkan diri. Wajahnya pucat, kaki tangan sejuk.
Aqhif yang kalut tidak dapat berfikir terus mendukung Arissa masuk ke dalam kereta. Dia meminta bantuan jiran sebelah untuk menjaga Rafiq sementara dia membawa Arissa ke hospital.
........
10 minit menunggu di luar wad, akhirnya keluar beberapa orang doktor.
"Doktor, macam- mana dengan keadaan isteri saya?"
"Kami ada satu berita buruk dan satu berita baik"
Zupp! Jantungnya berdegup kencang. Otaknya seakan- akan tidak dapat berfikir. Nafasnya laju.
"Apa tu doktor?"
"Berita baiknya ialah Puan Arissa mengandung dan berita buruknya ialah kandungannya terpaksa digugurkan demi keselamatan Puan Arissa kerana sel kansernya sudah merebak dan Puan Arissa sekarang sudah berada di stage 3"
"Encik, sila buat keputusan dengan cepat ya. Sama ada Encik ingin kami menggugurkan kandungan Puan Arissa atau tidak. Puan Arissa dalam bahaya sekiranya kandungan tidak digugurkan" Terang doktor itu lagi dengan padat kepada Aqhif.
Melihat Aqhif yang terkejut, para doktor terus berlalu bagi memberi ruang kepada Aqhif untuk menenangkan diri dan berfikir.
Astarghfirullahalazim! Mengucap panjang dia mendengar penerangan daripada doktor.
Buat masa sekarang dia betul- betul tidak dapat berfikir. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Hanya airmata menjadi penemannya sekarang ini.
.........
Tit! tit! tit! Bunyi mesin oksigen.
Aqhif melihat badan Arissa penuh dengan wayar. Wajahnya yang kemerah- merahan kini pucat lesi. Pipinya dielus lembut.
"Sayang kena kuat, percayakan abang. Abang akan pastikan sayang sihat macam dulu". Bisik Aqhif ditelinga Arissa.
Dia rapatkan kepalanya di kepala Arissa menangis sepuasnya mengenangkan nasib bayi yang terpaksa digugurkan.
Tiba- tiba dia merasa Arissa menggosok perlahan tangannya yang memeluk Arissa.
"Kalau abang tak kuat, macam- mana sayang nak kuat. Abang kan sumber segala kekuatan sayang". Lemah Arissa menuturkan kata sambil mengelap airmata Aqhif.
"Okay fine! Abang takkan nangis lagi". Balas Aqhif sambil mencium ubun- ubun Arissa.
"Abang, can you do me a favour?".
"What?"
"I want Airis to be right here with me before i die"
Tercenggang Aqhif.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...