Ting tong! Ting tong! Ting tong!
Aiman menekan loceng rumah Airis dengan tergesa- gesa.
Sreet! Pintu terbuka. Terpampang wajah Airis yang terpinga- pinga.
"Office kita kena ceroboh! Jom pergi tengok! Takut ada apa- apa yang hilang"
"Hah?" Airis blur.
"Jom!" Aiman menarik tangan Airis untuk mengikutinya.
"Kejap! nak tukar baju!" Ujar Airis lalu berlari masuk ke dalam rumah.
10 minit kemudian, Airis keluar.
Mereka terus beriringan berjalan ke kereta. Aiman memandu kereta dengan sangat laju melanggar semua lampu isyarat.
"Slow lah sikit! saya takut!" Bebel Airis sambil menggoncang lengan Aiman.
"Takut apa? aku kan ada."
Airis terdiam.
Airis memandang ke luar jendela. Sekali- sekala dia menggerling kearah Aiman. Entah kenapa malam ini Aiman kelihatan resah sekali.
.......
Ting! Pintu elevator terbuka. Mereka berjalan pantas menuju ke office mereka. Kelihatan ada 2 orang pegawal keselamatan dan seorang polis didepan office. Mereka berbicara dengan Aiman dalam bahasa Turki dan Airis tidak memahaminya.
Selesai bercakap, mereka bersalaman dan beredar meninggalkan Aiman dan Airis.
"Dia orang cakap apa?" Tanya Airis ingin tahu.
"Perempuan yang ceroboh masuk. Tapi dia orang tak tahu mana satu sebab ada beberapa orang yang datang office harini ambil barang"
"Ada benda hilang tak?"
"Entah! Jom check!"
Office mereka kelihatan rapi seperti tiada apa yang berlaku. Hanya pintu pejabat sahaja yang rosak kerana penceroboh mencungkil untuk masuk. Airis memeriksa kertas- kertas lakarannya tetapi semuanya tidak terusik.
5 minit memeriksa akhirnya Aiman terduduk. Mukanya diraup dengan kedua- dua tapak tangan.
Airis yang perasan akan perubahan Aiman terus mengambil tempat disebelah Aiman.
"Awak kenapa?"
"C- camera aku hi- hilang". Tutur Aiman menahan sebak.
Haih! Airis mengeluh. Dia menggosok belakang Aiman untuk menenangkannya.
"Biar polis siasat siapa yang buat. Nanti kita pergi beli camera baru"
"Ni bukan masalah beli baru"
"Habis tu?"
"Camera tu hadiah arwah ayah aku sempena aku dapat kerja dekat sini" Jelas Aiman sambil menahan airmata.
Airis mengambil kepala Aiman lalu disandarkan ke bahunya. Lengan Aiman digosok perlahan. Semakin lama semakin kuat dia mendengar esakan Aiman.
"T- tu hadiah ter- terakhir dari ar- arwah ayah aku"
"Ye, saya faham. Nanti kita cari siapa yang ambik. Lepas tu kita mintak camera awak". Pujuk Airis.
Hisk! Hisk! Hisk! kedengaran esakan Aiman.
15 minit menangis dibahu Airis, akhirnya Aiman menjarakkan sedikit dirinya dengan Airis.
"Terima kasih teman aku nangis"
Airis hanya mengangguk.
"Jom balik" Aiman bersuara setelah dia mula menenangkan dirinya.
"Okay jom"
..............
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah masing- masing, mereka hanya berdiam diri. Aiman memikirkan tentang cameranya manakala Airis memikirkan tentang mesej yang di terima tadi. Dia teringat saat dia sedang memeriksa pejabatnya tiba- tiba teleponnya berbunyi.
Ting!
1 new messages
From: unknown
-Dia dekat dengan kau, terlalu dekat
Dia tersedar daripada lamunan apabila melihat Aiman berlari. Dia yang tidak tahu apa- apa juga turut berlari mengikuti Aiman.
"C- camera aku!". Aiman menekup mulutnya begitu juga Airis.
Mereka melihat camera Aiman yang hancur berkecai diletakkan berteraburan dihadapan pintu rumah Aiman.
Aiman terduduk.
Arghhhh! Aiman mengepal tangannya lalu menumbuk lantai dengan bertubi- tubi bagi melepaskan geram.
Airis yang terkejut segera menghalang Aiman. Tangan Aiman mula dibasahi dengan darah. Airis yang panik segera mengambil sapu tangan hijau miliknya lalu membalut tangan Aiman.
Airis menarik tangan Aiman untuk masuk ke dalam rumah namun dia tidak berganjak. Aiman masih duduk berteleku disitu merenung cameranya yang hancur. Hancur? sehancur itu lah hatinya sekarang ini, bahkan lebih teruk lagi.
Sekali lagi dia menangis disitu. Pada saat ini, dia sudah tidak peduli lagi jika Airis mengatakan dia seorang yang manja. Yang dia tahu pada saat ini dia sangat sedih.
"Shhhh, janganlah sedih, saya ada ni. Nanti kita hantar camera ni dekat kedai. InsyaAllah boleh baiki lagi ni". Sedikit sebanyak Airis menasihati Aiman.
Airis menggosok lembut kepala Aiman.
Hatinya runtun saat melihat Aiman mengutip serpihan cameranya dengan airmata. Dia kemudian membawanya masuk dan meletakkan diatas meja.
Aiman duduk menyandar di sofa. Menenangkan fikirannya yang kusut. Airmata dikesat perlahan, namun setiap kali dikesat, airmatanya akan turun lagi dan lagi.
"Jangan lah nangis, saya janji nanti saya hantar camera awak dekat kedai paling top dekat sini". Ujar Airis bersungguh- sungguh sambil mengangkat ibu jarinya.
"Hmm, yelahhh"
Aiman akhirnya mengukirkan senyuman melihat gelagat Airis yang comel dan menenangkan hati.
Tangan Aiman yang berdarah dipandang sekilas. Airis bangun lalu menuju ke dapur untuk mengambil air bersih bagi membasuh tangan Aiman. First aid di almari tv juga diambil untuk merawat luka Aiman.
Setelah selesai merawat luka Aiman, dia meminta diri untuk pulang.
"Balik dulu! Pape roger!" Ujar Airis sebelum menghilang diri.
Aiman menghantar Airis pulang dengan ekor mata. Plaster minion ditangannya dipandang sekilas. Bibirnya mengukirkan senyuman.
Namun, senyumannya pudar saat melihat serpihan cameranya diatas meja.
"Aku akan cari kau! Dulu kau hilangkan kertas Airis, sekarang kau rosakkan camera aku! Kau memang cari nahas dengan orang yang salah!".
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...