Aiman's Pov
Jam menunjukkan jam 4 pagi namun dia masih tidak dapat melelapkan mata. Semua ini gara- gara dia meminum air kopi yang banyak sewaktu di dalam kapal terbang.
Akibat terlalu bosan dan tidak mengantuk, dia memutuskan untuk keluar bersiar- siar di pantai. Kebetulan rumah yang disewanya hanya berhadapan dengan pantai.
Setiba di pantai, tiba- tiba dia mendengar ada suara orang menjerit dan meminta tolong. Dia memandang kiri kanan akhirnya dia melihat seorang perempuan dikelilingi dua orang lelaki mabuk.
"Ha sudah! nak tolong ke tak nak ni. Aku dah lah tak ada mood nak jadi captain Instanbul".
Dia berpura- pura tidak dengar dan hendak beredar. Tiba- tiba dia mendengar perempuan itu menjerit dalam bahasa melayu. Segera dia membatalkan hasratnya untuk beredar.
"Orang Malaysia pulak, hadoii terpaksa tolong" Desis hati Aiman.
Dia berlari lalu menghayunkan penumbuknya kearah lelaki mabuk itu dan dengan mudah menewaskan mereka.
Perempuan itu tidak berhenti- henti mengucapkan terima kasih sambil menangis teresak- esak. Dia yang kasihan melihat perempuan itu sukar untuk berjalan segera menawarkan bantuan.
Disebabkan cahaya yang samar- samar, dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu secara keseluruhan. Dia hanya mendengar suaranya yang lembut dan wangian perfumenya yang kuat menusuk hidung.
Sementara menunggu kawan perempuan itu sampai, dia mengamati wajah perempuan itu.
Wajahnya yang bujur sireh, Matanya yang bundar, bibirnya yang mekar bak delima membuatkan sedikit sebanyak nafsu lelaki Aiman membuak- buak. Tambahan pula mereka berada dalam suasana yang gelap.
Astarghfirullah! Segera dia beristifar di dalam hati.
15 Minit berlalu,
Akhirnya kawan perempuan itu datang membawanya pergi. Dia sempat memberitahu namanya kepada wanita itu tetapi dia tidak sempat menanyakan nama perempuan itu.
"Huh! asal aku tak tanya nama dia apa tadi. Tapi kenapa aku rasa macam aku dah pernah jumpa dia erkk...Mata dia tu macam aku pernah tengok, tapi dekat mana?". Aiman berteka- teki.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...