Vroommm! Laju Nissan Gtr Aiman menyusuri jalan raya.
Lampu isyarat diredah selamba. Dia tidak peduli sama ada lampu itu mengarahkannya untuk berhenti atau tidak. Stereng kereta dihentak kuat tanda marah.
Arghhhhh! Dia menjerit melepaskan amarahnya.
10 minit berada diatas jalan raya, akhirnya Aiman membelok ke kawasan pantai. Dia membawa dirinya ke pantai untuk lebih tenang.
Angin bertiup perlahan menyapa wajahnya yang sedikit tegang kerana amarah. Aiman duduk menyandar disebatang pokok rhu. Fikirannya merawang saat dia bertemu kembali dengan Airis.
Dia meraup wajahnya dengan kedua- dua tapak tangan. Dia tidak menyangka dia sanggup mengasari Airis sebegitu sekali.
"Aku tak sengaja" Luah Aiman sesal dengan perbuatannya. Aiman menekup wajahnya dikepala lutut.
Airmata jantan mengalir perlahan dari tubir mata. Aiman menyapu kasar dengan hujung jari.
"Kau tipu aku. Memang layak pun kau dilayan macam tu" Aiman cuba memujuk dirinya sendiri.
Dia teringat kembali peristiwa lalu, saat Kak Su menceritakan segalanya kepadanya saat dia tersedar dari koma.
"Kak Su, m- mana Airis? Aiman n-nak jumpa dia" Ujar Aiman lemah.
"Dia tak ada"
"Dia b- balik sekejap ke?"
"Tak ada orang yang bernama Airis pun datang sini sepanjang Kak Su jaga Aiman". Terang Kak Su bersungguh.
"Tipu"
"Betul, Kak Su tak tipu. Tanya Iqbal kalau Aiman tak percaya"
Aiman memandang Iqbal untuk meminta kepastian, Iqbal hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kak Su.
Hati Aiman retak seribu apabila mengenangkan tentangnya. Sungguh dia tidak menyangka Airis langsung tidak mempedulikan keadaannya sedangkan dia sentiasa memikirkan Airis. Bahkan sanggup menggadai nyawa demi Airis.
Giginya diketap lama. Penumbuk dikepalkan.
Dia teringat lagi kejadian dimana dia melihat Airis berpelukan dengan seorang lelaki di Airport. Pada saat itu, dia sangat teruja untuk bertemu Airis kerana dia telah menelepon Joe dan Joe memberitahunya bahawa Airis telah berlepas ke Malaysia.
Hampir seharian dia menunggu Airis di lapangan terbang, tetapi yang dia dapat hanya kekecewaan. Dia pulang dengan deraian airmata apabila melihat Airis dalam dakapan orang lain.
Sekali lagi dia terluka apabila melihat Airis mesra didalam lif dengan lelaki sama. Dia melihat betapa rapatnya Airis dengan lelaki itu. Sungguh dia tidak dapat menahan amarah. Ingin saja dia menarik Airis dan menanyakan segalanya. Namun kerana ego, dia melupakannya. Sebab itu jugalah dia berpura- pura tidak mengenali Airis.
Teleponnya dibuka. Wallpaper gambar Airis masih utuh diteleponnya. Semua gambar- gambar Airis masih dia simpan sehingga kini. Dibelek satu persatu gambar Airis. Butang delete ditekan, habis semua gambar Airis dipadamkan. Dia nekad untuk melupakan Airis seperti mana Airis melupakan dirinya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...