Special Part 5❤️

5.5K 294 70
                                    

2 Tahun kemudian,

"Aaaaaaa! Sakit lah!" Jerit Aqhif.

"Ha! Tu lah! Siapa suruh jadi pemalas. Tolong lah kejap pergi beli pisang goreng cheese tu!" Bebel Ita sambil menarik rambut Aqhif.

"Ya Allah, sayang! Bukan abang malas. Tapi sekarang kan dah malam! Mana ada kedai pisang goreng cheese buka!"

"Tipu!" Ita berkeras tidak mempercayai Aqhif.

"Betul, abang tak tipu. Lagipun harini dah banyak sayang makan pisang goreng cheese. Bahaya nanti untuk baby! Kalau keluar nanti muka macam pisang, warna macam cheese! Ha! Siapa nak bertanggungjawab!"

"Abang lah!"

Ita menghentak kaki berjalan laju masuk ke dalam rumah. Masam mencuka wajahnya kerana Aqhif tidak membelikannya pisang goreng cheese.

Haih! Aqhif mengeluh. Penat juga menjaga wanita mengandung ni. Mencabar mental dan fizikal sungguh.

Dengan perlahan, dia melangkah menyusuli Ita.

"Sayang, esok abang beli banyak- banyak untuk sayang. Jangan lah merajuk. Nanti baby keluar muka masam macam- mana? Pujuk Aqhif manja.

"Janji?"

"Ya janji!"

Sementara itu di rumah Aiman dan Airis.

"Kau nak aku tarik telinga kau ke? Duduk lah diam- diam. Perut dah memboyot pun sibuk nak buat kerja rumah" Bebel Aiman tanda sayang.

Muncung panjang sedepa mulut Airis. Menandakan dia tidak puas hati kerana dimarahi oleh Aiman.

"Bosan lah! Asyik duduk je! Nak jugak sapu rumah ke, cuci pinggan ke!" Luah Airis.

Aiman menggelengkan kepala berkali- kali. Penyapu yang dia pegang terus dia sandarkan ke tepi. Sofa disebelah Airis, dia duduki.

"Kau kan tengah mengandung. Mana boleh buat kerja berat- berat. Aku larang kau buat kerja rumah, sebab aku sayang kau lah. Aku taknak jadi apa- apa dekat anak kita ni" Panjang lebar Aiman menerangkan kepada Airis sambil mengusap perut Airis.

"Tak nak apa- apa jadi dekat anak? Oo maknanya kalau ada apa- apa jadi dekat saya, awak tak kisah lah?"

Shhhhh! Aiman meletakkan jari di bibir Airis.

"Janganlah cakap macam tu. Dua- dua aku sayang. Kau aku sayang, baby pun aku sayang!" Tutur Aiman lembut sambil mencuit pipi tembam Airis.

Airis perlahan- lahan mengukirkan senyuman. Tadi sengaja saja dia berpura- pura merajuk dengan Aiman untuk melihat reaksinya. Ternyata Aiman benar- benar mengambil berat tentang dirinya yang sedang berbadan dua ini.

"Alalala, comelnya senyum. Kalau macam tu, aku nak sambung sapu lantai kejap. Nanti aku temankan kau baca novel k" Puji Aiman selamba sambil berura- ura untuk bangun.

"Kejap!" Airis menahan.

"Kenapa?"

"Nak tanya something boleh?" Tanya Airis tiba- tiba.

"Mestilah boleh! Kau nak tanya apa?"

"Kenapa awak selalu guna panggilan 'aku kau' instead of sayang, love, darling and anything else?" Soal Airis ingin kepastian.

"Sebab cinta aku bukan terletak pada panggilan, gelaran dan kata- kata. Tapi cinta aku ditunjukkan melalui tindakan dan perbuatan" Terang Aiman panjang lebar.

"Faham?" Tambahnya lagi.

Airis mengangguk laju sambil tersenyum.

Aiman menarik tangan Airis ke dalam genggamannya. Jari jemari Airis yang sedikit sembap diusap penuh manja.

"Cara aku bercakap, mungkin kasar. Tapi, Insya Allah aku akan berusaha untuk berubah demi kau dan demi baby kita" Ucap Aiman penuh syahdu sambil mencium tangan Airis.

"I love you!" Laju Airis menuturkannya sambil merapatkan badannya memeluk Aiman.

"I love you too!"

-You can't go back and change the beginning, but you can start where you are and change the ending-

-End-



Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now