BAB 31

2.4K 185 21
                                    

Ting tong! Ting tong!

Aiman mendecit perlahan. Dia menggeliat berpusing ke kiri kanan. Bantal diambil lalu ditekupkan ke kedua- dua belah telingannya.

"Siapa pulak main loceng pagi- pagi ni! Arggghh serabut betul!" Aiman bangun lalu menuju ke pintu dengan keadaan mamai.

Pintu dibuka. Dia melihat Airis di depannya siap memakai pakaian sukan.

"Alamakk, aku lupa! Lain kali je lah". Aiman menepuk dahi sambil berura- ura hendak menutup pintu.

"Eh kejap! Sempat lagi ni! Awak pergi siap. Saya tunggu!" Ujar Airis sambil menahan pintu.

"Tapi"

"Shhhhhh" Airis meletakkan jarinya di mulut Aiman.

Aiman terdiam dengan tindakan drastik Airis.

"Tunggu kejap 10 minit" Ucap Aiman lalu menghilang.

.........

Setelah 20 minit jogging,

"Eh! awak perasan tak?"

"Apa?"

"Dari tadi kita jog, orang asyik pandang je. Ke ada apa- apa yang tak kena dengan baju saya?" Airis memusingkan badannya 2,3 kali dihadapan Aiman.

Aiman hanya mampu menepuk dahi.

"Sebelum keluar tadi, kau ada check tak baju kau?"

"Saya tengok ok je dekat cermin"

"Haih kau ni"

Sekali lagi Aiman menepuk dahi. Sekali sekala dia menggerlingkan mata kepada Airis.

Haih! Dia mengeluh. Jaket biru yang dipakainya segera dibuka dan diserahkan kepada Airis.

Airis mengjongketkan kening tertanya- tanya.

"Baju kau tu, aku boleh nampak semua benda dalam tu. Warna merah pulak tu". Bisik Aiman ditelinga Airis.

Airis terdiam. Jarak Aiman dengannya sangat dekat sehingga dia boleh menghidu haruman wangian Hugo Boss milik Aiman. Sekali lagi dia merasakan sesuatu seperti getaran di hatinya.

Pap! Dahi Airis ditepuk!

"Berangan apa pulak? cepatlah pakai! nak aku pakaikan ke?" Bebel Aiman.

"Ha' ah. Eh! Tak! Kejap! Eh! Okay!"

"Apa kau melalut ni?"

"Tak ada apa!". Airis terus menyarungkan baju Aiman lalu mula berlari lagi.

Dari jauh Aiman hanya tersenyum melihat Airis.

"Comel". Detik hatinya.

Terus dia berlari menyusuli Airis.

.........

Burung- burung berkicauan, cahaya matahari mula terasa bahangnya. Airis mengelap peluhnya dengan belakang tangan. Dia memandang Aiman disebelah yang khusyuk makan nabati.

"Nak sikit nabati"

"Nah" Hulur Aiman.

Airis mengangakan mulutnya tanda ingin disuap.

"Jangan nak mengada! Kau ambik makan sendiri" Marah Aiman. Tetapi sebenarnya dia malu. Malu tapi mahu lah katakan.

Airis ketawa terbahak- bahak melihat reaksi Aiman yang tiba- tiba tersipu malu. Habis merah muka Aiman kerana malu.

Krupp! krapp! krupp! krapp! Bunyi nabati dikunyah. Habis sepaket, sepaket dibuka.

"Kata nak bincang!" Ujar Airis tiba- tiba.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now