"Ita kau pergi mana semalam?" Tanya Airis dengan riak wajah yang bengis.
"Pergi office ambik report paper aku. Tertinggal!" Jawab Ita tanpa ragu.
"Bukan kau pergi office lepastu datang department aku and ceroboh office aku?"
"Apa kau mengarut ni!" Tengking Ita kerana benggang dituduh secara melulu oleh Airis.
"Apa bukti kau tuduh aku macam tu!" Tambahnya lagi.
"Haritu aku jumpa sepit rambut kau lepas ada something berlaku dekat office aku, and harini lepas kau pergi office kau, office aku terus kena ceroboh! Kebetulan ke macam tu!" Tengking Airis lagi.
Huh! Ita tersenyum.
"Kau pasti ke tu sepit rambut aku! Jangan lupa Nina pun ada sepit rambut macam aku!"
Ita pun berlalu pergi masuk ke dalam biliknya. Niatnya untuk bertemu Airis di ruang tamu adalah untuk membincangkan sesuatu. Namun dia tidak menyangka, Airis melemparkan tuduhan yang begitu dahsyat kepadanya. Nampaknya dia harus bertindak dengan cepat sebelum segalanya menjadi lebih rumit.
Tiba- tiba dia teringat akan sesuatu. Dimana semua ini bermula.
Pov
Malam itu, Ita tiba- tiba tidak dapat melelapkan mata. Puas dia cuba untuk memejamkan mata namun dia tidak dapat tidur. Jadi dia membuat keputusan ke bilik Nina untuk bergosip kerana kebiasaannya Nina tidur lambat akibat daripada dia selalu marathon drama korea.
Sesampai di depan bilik Nina, dia mendengar Nina bersembang dengan seseorang dan menyebut- nyebut nama Airis. Dia mengira Nina menelepon Airis, belum sempat dia memulas tombol pintu bilik Nina, dia mendengar Nina mengucapkan tahniah kepada Arissa.
Hampir setengah jam dia berdiri di depan pintu bilik Nina untuk mencuri- curi dengar perbualan Nina dengan Arissa. Dia tahu segalanya tentang majlis perkahwinan Airis yang batal dan digantikan dengan majlis Arissa.
Belum sempat dia beredar, Nina membuka pintu biliknya dan melihat Ita. Dia tahu Ita sudah mendengarnya dan dia mengajak Ita untuk berkomplot dengannya untuk menjatuhkan Airis. Tetapi Ita menolak kerana mengenangkan sikap Airis yang sentiasa baik terhadapnya.
"Kenapa? Apa salah Airis?"
"Banyak salah dia"
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...