Dari jauh Airis mendengar ada orang menangis teresak- esak dalam bilik Aiman. Dia melangkah laju kerana berfikir bahawa ada sesuatu yang berlaku pada Aiman.
Streeet! Pintu ditarik.
Dia melihat ada sepasang suami isteri yang dia terjumpa di lif tadi. Melihat si isteri yang menangis disisi Aiman, mengertilah dia bahawa mereka adalah keluarga Aiman.
Perlahan dia masuk dan berdiri disisi mereka.
"Eh? Cik Airis?" Tanya lelaki itu kebinggungan melihat Airis masuk ke bilik Aiman.
"Saya kawan Aiman" Terang Airis ringkas.
"Saya abang ipar dia, Iqbal dan ini kakak dia, Surianni"
"Hai abang Iqbal, kak su" Airis bersalaman dengan kaksu. Kaksu hanya memandang Airis sekilas dan mempamerkan riak wajah yang kurang senang.
Kaksu sebenarnya menyalahkan Airis atas apa yang berlaku pada Aiman. Gara- gara menyelamatkan Airis, Aiman terlantar koma di hospital.
"Kau baliklah, aku boleh jaga adik aku dekat sini" Ujar kaksu acuh tak acuh.
"Tak apa saya pun nak..."
"Aku kata balik, kau balik lah. Sebab kau kan Aiman jadi macam ni" Pintas kaksu sambil cuba mengawal itonasinya.
Airis terkejut. Dia cuba mengawal riak wajahnya untuk terus tersenyum.
"Cik Airis balik dulu. Nanti apa- apa kami bagitahu Cik Airis. No telepon Cik Airis saya ada lagi. Nanti saya bagitahu." Tutur Iqbal mengatasi situasi tegang antara mereka.
"Kenapa nak bagitahu dia. Aiman macam ni pun semua sebab dia!" Marah kaksu kepada Iqbal.
"Saya mintak ma..."
"Tak perlu mintak maaf. Balik lah. Jangan datang sini jumpa Aiman lagi! Aku tak izinkan" Pintas kaksu. Sekilas pun dia tidak memandang Airis.
Melihat keadaan yang tegang, Airis terus melangkah keluar dari bilik itu. Sekerat jalan dia berhenti, lemah lutut untuk dia terus melanjutkan perjalanan. Setitik demi setitik jatuh airmatanya menyembah bumi. Tidak dapat dia bayangkan hari- harinya jika dia tidak dapat bertemu dengan Aiman lagi.
"Dugaan apa lagi ni Ya Allah!". Detik hati Airis.
.......
Langsir bilik diselak, permandangan Pantai Dalia diamati. Bertubi- tubi kenangan bersama Aiman menerjah di fikirannya.
Knock! knock! Muncul wajah Ita dibalik pintu.
Ita melabuhkan punggung disisi Airis bersama- sama menghadap kearah pantai.
"Aku, Lizzy dengan Joe pergi hospital tadi, lawat Aiman. Ingatkan kau dekat sana. Abang Iqbal cakap kau dah balik"
"Aiman macam- mana?" Airis mula sebak.
"Alhamdullilah. Abang dia cakap keadaan dia dah semakin membaik. InsyaAllah dalam masa terdekat dia akan sedar" Jelas Ita kepada Airis.
Airis sedikit lega mendengarnya. Sejak semalam, itu adalah berita yang paling dia nantikan. Bersyukur panjang dia keatas rahmat Allah swt.
"Esok cuti. Jom pergi lawat Aiman. Lizzy dengan Joe pun ada sekali"
"Aku tak boleh!" Saat ini airmata yang dia tahan akhirnya mengalir juga.
Airis menangis tersedu- sedan menerangkan segalanya kepada Ita tentang kaksu yang menghalangnya berjumpa dengan Aiman lagi. Basah lencun baju Ita dengan airmata Airis kerana Airis menyandarkan kepalanya di bahu Ita.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...