BAB 44

2.6K 195 47
                                    

"Buat apa aku nak ingat kau! Kau ingat kau siapa? Kau bukan penting pun dalam hidup aku!".

"Tapi awak penting dalam hidup saya"

Arghhhh! Aiman menyepak pasir- pasir didepannya. Sakit hatinya apabila mengingati apa yang dikatakan oleh Airis.

"Penting? Habis tu lelaki tu siapa? Dah lah dengan penipuan kau! Aku dah muak!" Desis hati Aiman.

Dia melabuhkan punggungnya diatas pasir.Dia memandang air laut didepannya. Keluhan berat dilepaskan. Marah? Sedih?

Entah! dia pun tak tahu apa yang dia rasakan. Dia marah tapi pada masa yang sama dia juga merasa sedih.

"Aiman?" Panggil seseorang dari belakang.

Aiman berpaling dan melihat seseorang yang dia kenal. Dia tersenyum sinis.

"Kau nak apa?" Tanya Aiman dingin.

"Apa hubungan kau dengan Airis? Aku nak tahu!"

"Apa kata kau tanya dia sendiri? Lagi pun aku dah tak ingat siapa dia dengan aku"

"Jangan tipu aku, Aiman!"

"Terserah kau lah!" Aiman berura- ura untuk bangun.

"Aku dah tengok laporan perubatan kau. Tak ada pun menyatakan kau ni lupa ingatan ke apa ke. kau sengaja buat- buat lupa Airis. Kan?"

"Kau nak apa dari aku ni, Aqhif!" Tanya Aiman tidak puas hati.

"Aku nak Airis!"

..........

Praakkkk! Hancur berkecai cermin di bilik air. Aiman menumbuknya berkali- kali. Habis luka belakang tangan Aiman.

Darah mengalir dengan begitu banyak sekali. Tapi pelik, sedikitpun dia tidak merasakan sakit. Yang lebih sakit ialah hatinya.

"Kau ni memang penipu! Aku benci kau!" Jerit Aiman separuh gila.

Dia teringat apa yang dikatakan oleh Aqhif tadi tentang Airis.

"Kita orang dah plan nak kahwin sebab tu dia balik Malaysia" Ujar Aqhif kepada Aiman.

"Jangan tunjuk muka kau depan dia lagi, boleh?" Tambah Aqhif lagi.

Nafasnya turun naik tidak teratur. Dadanya berombak kencang. Penumbuknya dikepal untuk menahan diri yang bergolak.

Dua, tiga saat menahan akhirnya empangan airmata Aiman pecah. Laju airmata menitik dipipi. Dia melihat wajahnya di dalam cermin. Dia seakan- akan menangisi sesuatu yang bukan miliknya.

"I shouldn't be jealous, You aren't even mine" Bisiknya pada diri sendiri.

Semakin dia menahan rasa sedih, rasa marah makin kuat rasa itu menguasai dirinya.

Aiman menepuk- nepuk dadanya menahan sebak. Dia harus kuat. Kuat untuk melalui semua ini.

.......

Ting! Lif terbuka. Keluar Airis dengan Ita.

Hari ini saja sudah seharian mereka mundar- mandir dalam hospital. Dengan harapan mereka dapat bertemu dengan Aiman kerana kali pertama Airis bertemu Aiman adalah di hospital. Airis berfikir mungkin Aiman masih menjalani proses rawatannya disini.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now