Baju pengantin putih tersangkut rapi di dalam almari. Namun Airis hanya memandang sepi. Sepatutnya dialah yang memakai baju itu, namun apakah daya Aqhif bukan jodohnya.
Knock! knock! pintu bilik Airis diketuk. Tersembul muka maksu dan jurusolek di muka pintu.
"Airis, maksu nak ambik baju pengantin tu boleh? kita orang dah nak siapkan Arissa. Nanti majlis nak mula." Maksu meminta izin.
"Nah maksu." Airis menghulurkan baju pengantinnya kepada maksu. Berat sekali rasanya tapi dia terpaksa reda sebab ini adalah keputusan yang dibuat sendiri olehnya.
Maksu perasaan akan airmuka Airis yang berubah. Namun dia juga tidak dapat berbuat apa- apa. Dia tersepit di tengah- tengah. Jika dia memihak kepada Airis, Arissa akan terluka. Tetapi jika dia berpihak kepada Arissa, Airis akan terluka.
"Airis, nanti Airis siap- siap ya?" Ujap maksu sebelum menutup pintu bilik Airis.
Airis hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum tawar.
klack! pintu bilik dikunci.
Airis ke kamar mandi. Pili air hujan dibuka. Dia berdiri dibawah pancaran air hujan. Setitik demi setitik airmatanya jatuh. Dia jatuh terduduk. Dipukul dirinya sendiri bagi menghilangkan kesal. Dia meraung menangis sendirian. Sungguh sakit dia rasakan. Tiada yang mampu dia ungkapkan dengan kata- kata.
Dua jam berlalu.
Dia bangun melihat cermin. Matanya bengkak, bibirnya biru, mukanya merah. Dia sudah bukan seperti Airis yang dulu yang sentiasa menjaga penampilan.
Almari dibuka. Jubah berwarna putih diambil lalu disarungkan ketubuhnya. Shawl berwarna pink lembut diletakkan diatas kepalanya sekadar untuk menutupkan rambut. Mekap dioles untuk menutup menutup matanya yang bengkak.
Knock! knock! knock! pintu diketuk lagi.
Airis menyangka maksunya datang untuk mengajaknya turun. Dengan malas dia membuka pintu biliknya.
Tersembul wajah dua orang rakan karibnya.
Airis terpaku. Dia terkedu. Airis terus memeluk kedua- dua rakannya. Mereka masuk ke dalam bilik Airis untuk menangis bersama- sama. Inilah mereka, sejak dulu lagi, jika seorang menangis yang lain pasti turut menangis. Jika seorang gembira mesti semua akan gembira. Ikatan persahabatan anatara mereka sungguh erat.
"Airis, kenapa kau tak bagitahu aku dengan Ita yang kau tak jadi kahwin dengan Aqhif!"
"Ha' ah, kau tahu tak lepas maksu bagitahu kita orang, Nina terus pergi book flight untuk kita orang balik Malaysia!"
"Kesian kau, sampai hati dia orang buat kau macam tu!" Kata Ita sambil menangis teresak- esak.
Mereka bertiga berpelukan. Menangis bersama- sama. Habis lencun baju mereka dengan airmata.
"Aku tak nak susahkan korang. Aku tahu Instanbul dengan Malaysia bukan dekat." Balas Airis sambil menyeka airmata.
"Airis, lepasni kau ikut kitaorang nak? Kita balik Instanbul sama- sama. Kau kerja dekat sana macam kita orang! Nak?" Ajak Nina.
"Ha' ah. Lagipun dah tak ada apa yang tinggal untuk kau dekat sini!" Pujuk Ita pula.
"Eh eh, by the way kau ada hair dryer tak? Aku nak keringkan baju aku lah. Basah kena airmata kau!" Ita membuat lawak bodoh.
Dush! Dush!
"Kan dah kena! Orang tengah sedih kau pergi buat lawak tak lawak kau tu!" Marah Nina kepada Ita.
Cemberut Ita akibat dinarahi oleh Nina.
Airis perlahan- lahan mengukirkan senyuman. Mujurlah ada sahabatnya ini. Gelagat mereka membuatkan Airis dapat melupakan segalanya buat seketika. SEKETIKA? Entahlah. Bukan mudah untuk melupakanya. Ia memerlukan masa.
Ita dan Nina yang melihat Airis tersenyum turut tersenyum. Mereka berharap kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat meringankan beban Airis.
Airis bangun melihat cermin.
"Koranglah ni! Terpaksa aku pakai mekap sekali lagi!" Bebel Airis sambil menyeka airmata.
"Mekap jangan tak mekap!" Sampuk Ita.
Mereka ketawa.
Ketawa? ketawa dalam airmata.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...