BAB 45

3K 230 76
                                    

"Aku penipu? Aku tipu apa? Aku tak guna?" Tanya Airis dengan sedikit emosi.

Tiada lagi panggilan sopan untuk Aiman. Jika biasanya dia menggunakan kata ganti nama 'saya' kini dia membahasakan dirinya sebagai 'aku'.

Sungguh dia berasa tertipu kerana selama ini Aiman berpura- pura tidak mengenalinya.

"Jawab Aiman!" Suaranya naik seoktaf apabila melihat Aiman hanya mendiamkan diri.

"Aiman!".Panggilnya lagi sambil menggoncang lengan Aiman.

"Mana kau pergi! Mana kau masa aku terlantar sakit dekat hospital. Mana kau! Kau enjoy dengan jantan lain!" Tengking Aiman dengan kuat sehingga semua orang di cafe memandang mereka.

Masing- masing saling bertatapan. Tatapan Airis penuh dengan kesayuan manakala tatapan Aiman penuh dengan amarah.

"Mana kau! Kenapa kau tak jawab? Tak boleh jawab kan! Sebab kau tak ada! Sebab kau berfoya- foya enjoy dengan jantan masa aku sakit!" Tengkingnya lagi.

Kali ini Airis tidak dapat menahan sebak lagi. Makin kuat airmatanya menitis. Semakin diseka, semakin laju menitis membasahi pipi.

"Mana kau tahu aku tak ada? Aku....".

"Dah lah! Aku dah tak nak dengar apa- apa!" Aiman berjalan pantas meninggalkan Airis dan Aqhif berdua disitu.

Aqhif hanya menjadi pemerhati. Dia menunggu masa yang sesuai menjadi hero dimata Airis.

"Aiman!" Panggil Airis lalu berlari menyusuli Aiman.

Aqhif tersenyum sinis melihat situasi itu. Dia harap dia dapat memanfaatkn situasi ini untuk merebut hati Airis kembali.

Sementara di luar cafe, hujan mula turun dengan sedikit lebat. Cuaca seakan- akan menangisi nasib yang menimpa Airis.

"Aiman!"

Airis tidak berputus asa. Dia terus berlari mengejar Aiman yang berjalan dengan sangat pantas ke kereta.

"Aiman!" Panggilnya lagi lalu menarik lengan Aiman dari belakang. Dia menghalang Aiman dari meneruskan langkahnya.

"Kau nak apa lagi!" Jerkah Aiman depan muka Airis.

"A-aku nak j-jelaskan semua" Sebak Airis menuturkan kata.

"Jelaskan apa lagi?".

"Semuanya!".

Airis menatap jauh kedalam mata Aiman. Dia berharap Aiman akan mempercayainya jika dia memberitahu bahawa kaksu lah yang tidak membenarkan dia melawat Aiman di hospital.

"Tak perlu! Aku tak nak dengar penjelasan kau! Semua benda yang keluar dari mulut kau semua penipuan!"

"Kejap! Kau kena dengar!" Airis menghalang Aiman pergi.

"Aku tak nak! Kau bla la!" Aiman menolak Airis dengan kuat sehingga Airis jatuh terduduk di atas jalan raya.

Auchhhh! Airis mengerang kesakitan.

Dia memandang Aiman dengan harapan Aiman masih mempunyai sedikit rasa kasihan pada dirinya. Namun hampa kerana Aiman langsung tidak mempedulikannya.

Berdesup laju kereta Aiman beredar meninggalkannya yang masih terduduk di jalan. Airis hanya melihat dengan deraian airmata.

"Kenapa awak tak cuba nak dengar penjelasan saya. Kenapa?" Rintih Airis dalam airmata.

......

Aqhif menghulurkan jaketnya kepada Airis. Dia kasihan melihat Airis yang basah kuyup dan tidak berhenti menangis dari tadi.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now