"Icha, kau ingat tak tadi masa kita shopping, aku ada tanya kau, macam mana kalau nanti kau yang kahwin bukan aku?"
"Ha'ah, ingat! Asal?" Tanya Arissa kurang faham.
"Kau nak kahwin tak? Gantikan tempat aku." Tanya Airis tersenyum tawar.
"Kau kalau aku hempuk dengan botol susu Rafiq ni sia- sia kau hidup 25 tahun atas dunia ni tau!" Arissa ketawa terbahak- bahak sambil memukul bahu Airis.
Tiba- tiba tawanya terhenti apabila dia melihat air muka Airis yang tegang. Airis perlahan mengusap tangan Arissa sambil jauh termenung ke sudut lautan.
"Icha, kau ingat tak dulu, masa kita sama- sama tengah struggle untuk SPM. Kita datang sini luahkan segala suka- duka kita. Kita pernah janji kan, antara kita takkan pernah ada rahsia. Tapi kenapa kau mungkir janji?" Setitik demi setitik jatuh airmatanya ke pipi.
"M- mungkir janji?". Tanya Arissa kurang faham.
"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal hubungan kau dengan Aqhif?"
Zupp! Terbeliak mata Arissa mendengar kata- kata Airis.
"A-aku..." Dia tidak dapat meneruskan kata- katanya.
Makin lama makin kuat tangisan Airis. Bajunya lencun dengan airmata. Tangannya kuat menggengam tangan Arissa. Jauh memandang kedalam mata Arissa untuk mencari jawapan. Jawapan yang dia sendiri sudah ada.
"Aku mintak maaf, Airis! Aku bodoh! Aku terpedaya dengan syaitan! Aku khianat kau! Aku mintak ampun Airis! Aku janji aku dengan Rafiq takkan kacau kau dengan Aqhif lagi!" Arissa meraung sekuat hati sambil menggengam tangan Airis.
Orang yang lalu- lalang melihat mereka, pasti berkira bahawa Airis dan Arissa adalah wanita gila kerana menangis meraung tanpa sebab di tempat umum.
"A-aku akan maafkan kau, tapi dengan satu syarat!" Ujar Airis tersedu- sedan.
"Syarat apa tu? Aku janji aku akan tunaikan. Asalkan kau maafkan aku Airis!." Arissa bersungguh- sungguh.
"Kau kahwin dengan Aqhif!"
Zupp!
Arissa terkejut. Otaknya seakan- akan tidak dapat mentafsir apa yang Airis katakan.
"Apa maksud kau ni Airis? Aku taknak lukakan hati kau sekali lagi!" Arissa terpana.
"Hati aku dah cukup terluka Icha. Hati aku dah mati. Aku dah tak ada rasa lagi. Aku nak kau kahwin dengan Aqhif sebab Rafiq. Aku taknak dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, macam aku!" Sebak Airis menuturkan kata.
Airis memandang wajah Rafiq yang terlena atas tikar mengkuang di tempat mereka meluahkan perasaan. Dia tak sanggup nak pisahkan budak yang tidak bersalah itu dengan ayahnya.
Dia pernah merasai bagaimana rasanya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Oleh sebab itu, dia tidak akan membiarkan Rafiq menjalaninya.
Hidup tanpa seorang ayah terlalu perit untuk dijalani. Terutamanya apabila berdepan dengan dunia yang penuh dengan kekejaman ini. Terlalu perit!
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...