"Assalamualaikum!" Ucap Aiman dingin lantas berjalan laju menuju ke bilik.
KakSu yang berada di ruang tamu langsung tidak ditegur. KakSu memandang Iqbal sambil mengjongketkan keningnya namun Iqbal hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Haih! Tahulah dia bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Aiman.
"Saya naik atas sekejap. Nak tengok Aiman." Ujar KakSu kepada Iqbal lalu beredar menyusuli langkah Aiman.
Beberapa minit kemudian, bunyi pertengkaran kuat antara mereka.
Iqbal pun bergegas untuk meleraikannya.
Astarghfirullahalazim! Istighfar panjang Iqbal apabila melihat melihat KakSu dan Aiman yang saling menunding jari antara satu sama lain.
"Apa yang terjadi ni!" Celah Iqbal tiba- tiba apabila melihat keadaan semakin tegang.
"Kau pun sama. Kenapa kau tipu aku! Korang berdua ni memang melampau!"
Merah mata Aiman menahan marah. Tajam pandangan matanya kepada Iqbal.
"Aku buat macam ni sebab aku sayang kau! Kau satu- satunya adik aku! Aku tak nak terjadi apa- apa lagi dekat kau!" Panjang lebar penjelasan KakSu kepada Aiman.
"Jadi apa? Kau tak percayakan qada' dan qadar ke? Semua yang jadi bukan sebab dia! Tapi sebab Allah yang dah aturkan!"
"Aku hampir hilang kau sebab dia! Aku tak nak hilang kau lagi!".
Mata KakSu sudah mula berair. Dadanya berombak kencang menahan sebak.
Suasana sunyi sepi selama beberapa minit. Hanya kedengaran nafas kuat Aiman yang menahan amarah.
Aiman melangkah perlahan kearah KakSu. Dia melutut di depan KakSu, tangan KakSu diraih dalam genggamannya.
"Kak! Aku sayang dia." Rintih Aiman sambil mencium tangan KakSu.
"Pilih dia atau aku!"
Zuppp! Terbuntang mata Aiman mendengar perkataan yang keluar daripada mulut kakaknya. Sungguh dia tidak menyangka kakaknya boleh menjadi sekejam itu dengannya.
"Dia atau aku? Pilih!".
"Tolong lah! Aku tak boleh pilih. Kau tahu kan betapa bermakna kau dalam hidup aku!"
"Then pilih aku. Tinggalkan dia!" Lantang KakSu menyuarakan kata- kata.
"Tapi..."
"Tak ada tapi- tapi!"
KakSu merentak tangan Aiman lalu meninggalkan dia sendirian dalam kekusutan.
.........
Lalalalalala🎶
Menyanyi riang Airis di depan almari. Sudah 10 minit dia berdiri di depan almari. Hampir separuh baju dia keluarkan namun satu pun dia rasakan seperti tidak sesuai.
Akhirnya dia terpandang sehelai dress merah paras lutut. Senyuman mula terukir.
"That's it!". Akhirnya dia menemukan pakaian yang sesuai.
Hari ini merupakan hari yang paling bahagia untuknya. Oleh sebab itu lah dia ingin memakai pakaian yang cantik. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Aiman di cafe. Ini merupakan temujanjinya yang pertama dengan Aiman sebagai pasangan kekasih.
Usai menyarungkan baju, dia berdiri di depan cermin untuk menilik badannya.
"Perfecto!"
Beg mekap dicapai, semua peralatan mekap dikeluarkan. Hari ini dia ingin bermekap agar segala kekusaman wajahnya ditutup. Bukan apa, sejak pulang ke Malaysia dia langsung tidak mempedulikan kulit wajahnya kerana terlalu sibuk memikirkan tentang Aiman.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...