Airis memejamkan mata seketika membiarkan angin malam menyapa lembut seluruh wajahnya. Rambutnya yang serabai diselitkan dibelakang telinga.
Dia membuka mata apabila merasakan ada seseorang mengambil tempat disebelahnya.
"Kau lagi? Macam bodoh je ikut aku sana sini?" Tanya Airis dengan riak wajah yang tegang.
Sebenarnya dia menyampah dengan Aqhif. Sejak akhir- akhir ini, dia selalu mengikuti Airis kemana saja.
"Mana ada ikut..."
"Jangan tipu aku. Ni last warning. Jangan ikut aku lagi!" Marah Airis sambil menunjal- nunjal kepala Aqhif.
Sudah sampai masa untuk dia berubah. Tidak mahu lagi dia buat- buat baik dengan Aqhif. Makin dia berbuat baik, makin mengada perangai Aqhif.
Zapp! Sepantas kilat tangan Airis berada dalam genggaman Aqhif.
Dia memaparkan senyuman menggoda kepada Airis.
Ditarik kuat tangan Airis sehingga Airis tersembam didadanya. Dia merangkul erat pinggang Airis dengan kedua- dua tangan kekarnya.
Airis terkejut. Sekuat hati dia mencuba untuk melepaskan diri dari pelukan Aqhif namun tidak berjaya.
"Aku cuma nak kau bagi aku peluang untuk aku baiki kesilapan aku" Bisik Aqhif di telinga Airis.
Terasa hembusan nafas Aqhif ditelinga Airis.
"Lepas lah bodoh!"
"Aku akan lepas kalau kau terima aku balik"
"Aku takkan terima kau lah bodoh!" Marah Airis sambil meronta- ronta meminta tolong.
Ketakutan mula menguasai diri Airis. Dia takut Aqhif akan bertindak keterlaluan. Dahlah keadaan ditaman itu sungguh sunyi memandangkan sekarang pukul 12 pagi dan semua orang sedang lena dibuai mimpi.
Tiba- tiba dia berasa ada orang menariknya dari belakang sehingga terlerai pelukan kemas Aqhif. Dia berpaling dan melihat orang itu adalah Aiman.
Dush! Satu tumbukan tepat mengenai rahang Aqhif. Tersungkur Aqhif jatuh ke tanah.
Menyeringai Aqhif melihat Aiman.
Arghhhhh! Dia berlari menuju kearah Aiman.
Sekelip mata Aiman mengelak. Sempat dia menghadiahkan sepakan dan tendangan ke perut Aqhif. Sekali lagi tersembam Aqhif ke tanah.
Arggghhhg! Aqhif meraung kesakitan.
"Ni makan kau! Jangan kacau Airis lagi!" Aiman memberi amaran sambil memijak- mijak tangan Aqhif.
Puas hatinya melihat Aqhif meraung kesakitan. Panas sungguh hatinya tadi melihat Airis diperlakukan sebegitu rupa oleh Aqhif.
Mujur malam itu dia mendapat mesej daripada seseorang bahawa Airis dalam bahaya. Tidak sangka setelah sampai, dia ternampak Airis sedang bergelut dengan Aqhif.
Melihat Aqhif yang kesakitan, dia pun menarik tangan Airis untuk beredar.
..........
Krik! Krik! Suasana di tasik sunyi sepi.
Hanya kedengaran cengkerik yang bernyanyi riang.
Airis dan Aiman masing- masing mendiamkan diri tidak berani bersuara.
"Saya.."
"Aku.."
Serentak mereka bersuara.
Aiman memberi isyarat mata kepada Airis untuk memulakan dulu percakapan.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...