BAB 28

2.5K 182 12
                                    

Instanbul

1 bulan kemudian,

"Miss Airis, dont forget your meeting with our event planner at 2 pm"

"Omg! Thank god, you remind me. I almost forget it". Ujar Airis lega sambil menggosok dadanya.

Jam dipergelangan tangannya dijerling sekilas, masih ada berbaki 2 jam lebih sebelum meeting itu bermula. Sempatlah dia menyiapkan kerjanya dahulu.

Laju tangannya melakar gaun yang tergambar di memorinya. Dilakarnya dengan cermat tanpa kesalahan. Sudah dua hari dia menghabiskan masa untuk menyiapkan lakaran itu. Lakaran itu merupakan lakaran terlama yang dia pernah buat.

"Lizzy, did you have any problems with that  kurung?" Tanya Airis apabila dia melihat Lizzy teragak- agak untuk menjahit labuci pada baju itu.

"No, i just wondering how can you create something wonderful like this! I love it!"

Airis hanya tergelak dan menggelengkan kepala apabila mendengar jawapan Lizzy. Dia terharu kerana Lizzy menyukai baju kurung yang direka olehnya. Dia membuat sedikit kelainan dengan menggabungkan konsep tradisonal Melayu dan Turki. 

Knock! knock!

"Tadaaaa". Serentak Joe dan Aiman menjerit.

Tersembul wajah Joe dan Aiman didepan pintu. Ditangan mereka terdapat empat bungkusan makanan dan minuman.

"Lets eat guys". Ajak Joe.

Lizzy yang kelaparan terus menerkam makanan itu tanpa banyak bunyi. Manakala Airis masih tidak berganjak dari meja kerjanya.

"Miss Airis, lets eat". Ajak Joe lagi setelah melihat Airis tidak berganjak daripada meja.

"No, its okay. I need to finish it first".

Mereka bertiga hanya berpandangan antara satu sama lain. Mereka sebenarnya risau, kerana sejak akhir- akhir ini Airis selalu tidak makan. Dia terlalu tekun membuat kerja sehingga mengabaikan waktu makan. Dahlah pernah sekali Airis mengalami gastrik yang teruk kerana seharian tidak menjamah makanan.

Haih! Aiman mengeluh.

Streeet! kerusi ditarik dan Aiman melabuhkan punggungnya didepan Airis.

"Nak ajak makan pun susah, jom lah kejap je!"

"Tak apa! Awak makan je lah dulu. Nanti saya makan"

"Kau nak makan bila? Lepas ni ada meeting kan!"

Airis hanya mengjelingkan matanya kepada Aiman tanda protes.

"Jom makan!". Sambung Aiman lalu menarik tangan Airis untuk ke meja makan.

Airis yang terkejut hanya mengikuti langkah Aiman. Lizzy dan Joe hanya memandang dengan senyuman yang penuh makna.

"Hah! makan!" Aiman membuka bungkusan nasi yang dibelinya lalu diletakkan didepan Airis.

"Hmm ye lahhh!" Balas Airis pasrah.

Melihat Airis yang mula makan, Mereka bertiga pun turut mengisi perut masing- masing.

...........

"Miss Airis, can you attend the meeting with Seth? I still have a lot of work to do"

"Ohh, okay!"

Airis mengemas mejanya yang bersepah. Kertas lakaran disusun rapi diatas meja. Dia berdiri di hadapan cermin besar menilik segenap inci tubuhnya. Dia harus memastikan penampilannya kemas kerana ini merupakan kali pertama dia menghadiri meeting sejak dia mula bekerja disini.

Aiman yang bersandar di pintu hanya memandang perilaku Airis. Dia menggelengkan kepala apabila melihat Airis mula mengeluarkan beg mekap. Tahulah dia bahawa dia harus menunggu Airis bersiap dengan lebih lama.

Vape yang tergantung dilehernya disedut rakus. Berkepul asap dihembuskan oleh Aiman.

Tanpa dia sedar Airis sudah berdiri di depannya.

"Jaket ni pakai lah elok- elok! Cap tu betulkan sikit kedudukan dia! vape tu simpan, nanti nk pergi jumpa orang kan? Tak elok lah macam ni!" Bebel Airis sambil tangannya laju membetulkan baju dan cap Aiman yang selekeh.

"D- dahlah! Aku tahu la!" Aiman menepis tangan Airis yang memegang capnya lalu menolaknya sedikit kebelakang. Bukan apa, dia tidak mahu Airis perasan akan wajahnya yang semakin memerah.

Jantungnya berdegup kencang. Bukan kali ini saja, sejak kebelakangan ni jika dia berada dekat dengan Airis, jantungnya pasti akan berdegup kencang seolah- olah sedang menghantar amaran.

"Orang nak tolong pun dah kira baik! Suka hati awak lah!" Jerit Airis apabila melihat Aiman berlalu pergi meninggalkannya di belakang.

.........

Di dalam kereta hanya kedengaran suara radio. Airis dan Aiman masing- masing mendiamkan diri. Airis termenung memerhati keadaan sekeliling manakala Aiman fokus pada pemanduannya. 

Setelah sekian lama menyepi, Aiman membuka langkah.

"Kau tak nervous ke? Ni first time kau tau!"

"Tengah nervous lah ni. Tapi awak kan ada teman saya. Jadi nervous tu kurang sikit!"

"Eh! siapa cakap aku teman kau?"

"Hah?". Airis kebinggungan.

"Aku hantar kau je, lepas tu aku balik!"

"Alaaa, teman saya, pleaseeee!". Rayu Airis.

"Tengoklah macam- mana nanti. Kalau mood aku baik, aku teman kau. Tapi kalau tiba- tiba mood aku swing, aku balik!" Usik Aiman.

Airis mencebik.

Aiman hanya menyakat Airis sebenarnya. Dia ingin melihat reaksi Airis. Sudah tentu lah dia tidak akan meninggalkan Airis sendirian.

...........

"Dah sampai! Jom!"

"Eh- eh! awak teman ke? Yeayyy!" Ujar Airis gembira sambil menggoncang lengan Aiman.

Aiman yang terkejut terus menarik lengannya. Sekali lagi jantungnya berdegup kencang.

"Hmm! Jom!" Jawab Aiman pendek lalu keluar daripada Ford Ranger yang dipandunya.

Mereka berjalan beriringan masuk ke ruangan hotel lima bintang itu untuk bertemu dengan event planner bagi program mereka.






Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now