Almari baju tiga pintu itu dibuka. Jaket bomber berwarna hijau lumut diambil lalu disarungkan ke badannya.
Rambut dirapikan. Perfume disembur rata seluruh tubuh. Ketika sedang merapikan rambut di depan cermin, Aqhif tiba- tiba teringat akan mesej Airis.
From: Airis❤️
- malam ni saya nak jumpa awak. Dekat tempat biasa.Dia tertanya- tanya kenapa Airis ingin berjumpa dengannya malam ini sedangkan esok mereka akan berjumpa memandangkan esok merupakan hari perkahwinan mereka.
"Haih! Husnuzon je lah!"
Keluh Aqhif sambil menggapai kunci lamborgininya yang tersangkut di dinding.Aqhif memecut laju diatas jalan raya. Dia tiba- tiba teringat akan perubahan sikap Airis yang drastik. Dia perasan sejak tiga hari lepas Airis langsung tidak mesej dan meneleponnya sedangkan sebelum ini Airis tidak pernah walaupun sekali lupa untuk mesejnya walaupun untuk mengucapkan selamat pagi. Hatinya dijentik rasa ragu.
Sesampai di pantai, dari jauh dia melihat Airis menunggunya di bawah pokok rhu. Dia perlahan- lahan mengatur langkah menuju ke tempat Airis.
"Hai, lama menyepi tak tanya khabar saya? Sibuk sangat ke handle majlis wedding tu?". Tegur Aqhif lalu duduk disebelah Airis.
"Saya tak nak lah cari awak selalu. Nak jugak rasa awak cari saya. Tapi tu lah, tak ada pun!" Airis jujur.
Aqhif ketawa kecil.
"Saya pun sibuk jugak. Banyak benda nak urus kan!" Balas Aqhif sambil menatap ke dalam anak mata Airis.
Tapi entah kenapa kali ini, Airis mengelak daripada memandang mata Aqhif. Pelik!
"Awak? Saya nak tanya ni. Awak happy tak nak kahwin dengan saya esok?" Tanya Airis sambil matanya merenung jauh ke dasar lautan.
"Kenapa awak tanya macam tu? Mesti lah saya happy sebab awak happy" Jawab Aqhif tanpa berselindung.
"Sebab saya happy? bukan sebab awak cintakan saya?"
"Mengarut apa ni? Sama ja kan maksudnya?" Aqhif gelabah.
Dirinya sendiri pun tidak mendapat jawapan daripada soalan Airis. Adakah dia akan gembira apabila berkahwin dengan Airis? Adakah dia akan melupakan anaknya bersama Arissa? Adakah dia cintakan Airis? Entah! Dia sendiri pun tidak pasti. Apa yang dia pasti dia ingin membuat Airis gembira.
Aqhif memandang Airis. Entah kenapa malam ini Airis kelihatan tidak seperti selalu. Selalunya Airis lah yang banyak bercakap apabila mereka bertemu. Ada saja benda yang dia mengadu. Tapi pelik, malam ini Airis banyak berdiam dan asyik termenung.
"Awak sayangkan saya?" Tanya Airis lagi memecahkan keheningan.
"Kenapa awak tanya?"
"Kenapa awak tak jawab?" Kali ini Airis memandang ke dalam mata Aqhif.
"Awak dah tahu kan jawapan dia! Kenapa nak kena tanya banyak kali? Kalau saya tak sayang awak, takkan lah saya nak kahwin dengan awak esok!"
"Kalau awak nak jumpa saya, setakat nak tanya soalan bodoh ni, lebih baik awak mesej je saya. Jangan nak bazirkan masa saya boleh tak? Saya ada banyak benda lain yang nak fikir!" Kali ini suara Aqhif naik se oktaf.
Dia sudah mula berang.
"Kenapa kena marah- marah?" Tanya Airis pasrah.
Astargfirullahalazim! Mengucap panjang Aqhif sambil meraup muka. Dia tidak sengaja meninggikan suara kepada Airis. Dia melihat Airis, namun Airis langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Saya mintak maaf Airis, saya tak sengaja".
Belum sempat Aqhif memegang tangan Airis, Airis bangun berjalan pergi. Dua langkah, tiga langkah Airis berpaling.
"Kita jumpa esok ya! Sokay! Saya faham!" Ucap Airis lalu beredar jauh dalam kegelapan malam.
Aqhif hanya memandang dengan ekor matanya. Entah kenapa dia langsung tidak menahan Airis. Bahkan dia hanya membiarkan Airis pergi. Bukan dia tidak tahu Airis terluka dengan sikapnya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...