Nasi minyak ayam gulai itu hanya dipandang sepi. Sedikitpun tidak luak dari pinggan Airis. Dulu, Airis amat menggemari nasi minyak sehingga 2 pinggan pun dia habis tapi kini bukan setakat sepinggan, satu sudu pun belum pasti memasuki rongga mulutnya.
Dari tadi dia hanya menguis- nguis sahaja. Sebutir pun belum dia jamah. Ita dan Puan Annie saling berpandangan. Mereka risau melihat keadaan Airis yang sekarang. Sudah seminggu Airis berubah menjadi seorang yang pendiam dan kadangkala makan pun dia tidak mahu.
Airis sudah tidak seperti dulu lagi. Dulu, hari- harinya sentiasa dipenuhi dengan gelak ketawa tapi kini dia hanya berendam dengan airmata.
Suasana di meja makan juga sudah tidak seperti dulu. Dulu masa makan mereka sangat meriah kerana Airis sentiasa membuat lawak untuk mummynya. Kini dimeja makan hanya ada bunyi sudu dan garpu yang sedang berlaga.
"Airis, mummy masak tak sedap ke? Kenapa tak makan?" Soal Puan Annie sayu.
"Tak lah mummy. Airis tak ada selera je". Jawab Airis sambil tersenyum tawar.
"Mummy makan dengan Ita ye. Airis nak naik bilik dulu" Tambahnya lagi lalu beredar meninggalkan ruang makan.
Puan Annie memandang pinggan nasi Airis yang langsung tidak terusik. Hatinya dijentik rasa sayu dan sebak.
Huh! Puan Annie mengeluh.
Sungguh dia menginginkan anaknya yang dulu. Anaknya yang sentiasa bahagia dan ketawa riang. Airmata tuanya menitis perlahan membasahi pipi.
Melihat Puan Annie yang menangis, Ita segera menyekanya dengan hujung jari. Tidak sanggup dia melihat Puan Annie menangis kerana dia sudah menganggap Puan Annie seperti ibunya sendiri. Ita memeluk bahu Puan Annie untuk menenangkannya.
Puan Annie memandang Ita.
"Apa yang sebenarnya terjadi? Siapa Aiman? Kenapa Airis sedih sebab dia? Kenapa?" Bertubi- tubi Puan Annie mengajukan soalan kepada Ita.
Ita mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia teragak- agak untuk menjawabnya. Dia bimbang Airis akan memarahinya.
"Ita?" Panggil Puan Annie.
"Ya?" Lanjut Ita membalas sambil menggigit kuku.
"Cerita lah." Desak Puan Annie.
Ita masih belum menunjukkan respon apa- apa. Dia masih sibuk menggigit kuku. Tabiat menggigit kuku itu seperti sudah sebati dengan dirinya. Jika dia sedang berdebar mahupun sedang menipu, pasti dia akan menggigit kuku untuk menghilangkan gemuruh.
"Ita! Sekarang!" Naik se oktaf suara Puan Annie.
Ita terkejut dengan itonasi tegas Puan Annie. Hampir tertelan kuku yang dia gigit. Dia lupa bahawa Puan Annie dulu pernah menjadi seorang guru disiplin.
"Se- sebenarnya Ai- aiman tu..." Terketar- ketar Ita cuba menyusun ayat.
"Apa!"
"Lelaki yang Airis cinta!" Ita menekup mulutnya. Dia tersedar bahawa dia telah mendedahkan segalanya pada Puan Annie.
"Adoii, masak aku kalau macam ni. Dahlah Airis tak bagi aku cerita apa- apa pasal Aiman" Desis hati Ita.
"Ok. Teruskan" Lagak Puan Annie seolah- olah seperti detektif yang sedang menyoal siasat penjenayah.
Haih! Ita mengeluh.
Dia terpaksa menceritakan segalanya kepada Puan Annie. Bermula daripada awal sehinggalah Aiman sudah tidak mengenali Airis lagi. Segalanya dia ceritakan kepada Puan Annie tanpa kokok tambah tolak darab bahagi. Tidak ada satu pun dia sembunyikan dari Puan Annie.
Terdiam Puan Annie mendengar cerita Ita. Sungguh dia tidak menyangka sebegitu sekali yang Airis perlu lalui. Dia berasa ralat kerana dia telah menambahkan lagi masalah Airis dengan memaksanya berkahwin dengan Aqhif.
Suasana berubah menjadi sepi buat beberapa minit.
"Kita tolong Airis. Kita cari Aiman!" Jerit Puan Annie tiba- tiba sehingga memeranjatkan Ita.
Huk! Huk! Huk! Terbatuk Ita.
Benda yang dia risaukan selama ini menjadi kenyataan. Kuku yang dia gigit akhirnya telah selamat masuk ke perutnya bersama nasi- nasi yang pernah menjadi mangsanya.
"Auto tumbuh pokok kuku" Fikir Ita pasrah.
.............
Usai solat zuhur, Airis mengambil Al- quran yang terletak rapi diatas meja. Diselaknya halaman demi halaman. Dia tersenyum tawar.
Otaknya tiba- tiba memutarkan kenangan- kenangan dulu. Dulu dia juga pernah berada dalam situasi ini. Situasi dimana dia sangat bersedih dan ingin mengaji mendekatkan diri kepada Allah tapi dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Kini, dia juga masih dalam situasi yang sama. Cuma bezanya kali ini dia sudah boleh mengaji dan sudah makin beristiqamah perlahan- lahan dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Sungguh hebat perancangan Yang Maha Esa. Dia mengatur hidup Airis dengan begitu sempurna. Dari tidak mengetahui apa- apa sehingga kini sudah banyak yang dia pelajari.
Lama dia menyelak halaman, sehinggalah tangannya berhenti di surah yusuf. Dia mula membacanya dengan penuh penghayatan. Surah Yusuf banyak memberinya pengajaran tentang kehidupan. Mungkin benar, dia harus terus bersabar kerana sesungguhnya setiap kesakitan itu pasti ada kesembuhan dan setiap penantian itu ada kepulangan. Semuanya dengan kehendak Allah.
Selesai membaca, dia menutup perlahan Quran tafsir itu lalu meletakkannya kembali di tempat yang sepatutnya. Kali ini hatinya berasa sedikit tenang tidak seperti sebelum ini.
Airis melepaskan telekungnya lalu merebahkan diri diatas katil. Telepon disisinya dipandang lama. Laju jarinya meluncur mendail nombor Aiman.
Haih! Satu keluhan berat dilepaskan dari mulutnya.
Sudah beratus kali dia menelepon Aiman namun sekalipun tidak pernah berangkat. Airmata mengalir lagi dipipi. Sungguh dia penat dengan apa yang terjadi.
"Airis" Tersembul wajah Ita didepan pintu.
Airis yang terkejut segera menyeka airmatanya. Dia tidak mahu Ita risau tentang dirinya.
Melihat wajah Airis yang sembap, tahulah dia bahawa Airis sedang menangis. Ita pun mengambil tempat disisi Airis. Dia meletakkan kepala Airis di ribanya sambil dia mengusap lembut ubun- ubun Airis.
"Aku pernah baca quotes tau. Kau nak dengar?" Ujar Ita tiba- tiba.
"Quotes apa?". Soal Airis yang mula berlinang airmata.
"Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Yusuf menjauhinya. Tapi saat Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf untuk Zulaikha"
Hisk! Hisk! Hisk! Semakin kuat esakan Airis. Sebak dia mendengar apa yang dikatakan oleh Ita. Sungguh dalam maknanya pada Airis.
"Kau fahamkan apa yang aku cuba sampaikan?" Tanya Ita sambil memandang jauh kedalam anak mata Airis.
Airis mengangguk laju. Dia membetulkan kedudukannya mengadap Ita.
"Yang penting kau berdoa. Makbul atau tak itu bukan persoalannya. Yakin dengan Allah bahawa Ia tidak akan pernah menghampakan hambaNya yang sentiasa meminta." Nasihat Ita lagi.
"Thanks Ita." Airis mengeratkan pelukan mereka.
"Welcome."
Sedang mereka saling berpelukan, tiba- tiba Puan Annie masuk kedalam bilik Airis dengan panik.
"Kenapa ni mummy?" Tanya Airis terkejut apabila melihat keadaan Puan Annie yang panik.
"Arissa!"
"K-kenapa d-dengan Arissa?".
Perkara negatif mula muncul di benak fikiran Airis.
"Cepat siap! Kita pergi hospital! Sekarang!" Arah Puan Annie cemas.
Melihat Puan Annie yang cemas, Ita dan Airis pun segera bersiap- siap.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...