"Assalamualaikum." Aqhif memberi salam sebelum melangkah masuk kedalam rumah Airis.
Belum sempat dia melangkah, seorang kanak- kanak lelaki lingkungan 2 tahun berlari dan melanggar kaki Aqhif.
"Papa..papa!" Celoteh budak lelaki itu.
"Hey, boy are u okay! are you looking for your papa?" ucap Aqhif lalu mendukung dan menatap mata budak itu. Sungguh dia tidak pernah merasa setenang ini apabila mendukung budak kerana dia bukan seorang yang suka akan budak- budak.
"Rafiq, are u okay? Ermm saya mintak maaf, anak saya degil sikit!" Ujar seorang perempuan sambil berjalan tergesa- gesa kearahnya.
"Arissa, is it you?" Aqhif terkejut.
Sungguh dia tidak menyangka, gadis itu sudah berkhwin dan mempunyai seorang anak. Entah mengapa hatinya terasa sakit.
Arissa hanya tersenyum dan mengambil Rafiq daripada dukungan Aqhif. Dia sememangnya sudah menjangka akan bertemu dengan Aqhif pada malam itu.
"Aqhif, congratulations on your wedding with Airis" Ucap Arissa sambil tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Aqhif.
Aqhif hanya memandang tangan Arissa lalu berlalu meninggalkan Arissa tanpa berkata apa- apa. Sungguh dia ingin menggengam tangan Arissa dan menanyakan segala persoalan yang ada dalam fikirannya. Namun dia terpaksa membatalkan hasratnya kerana melihat Airis berjalan kearahnya.
"Sayang, you look so beautiful tonight". Sengaja dia menunjukkan kemesraannya dengan Airis dihadapan Arissa.
"Thanks babe" Ucap Airis lalu menarik tangan Aqhif untuk bertemu dengan keluarganya.
Arissa hanya memandang Aqhif berlalu dengan mata yang sayu. Dia memandang wajah anaknya yang berada didalam dakapannya. Dia mengalihkan pula pandangannya pada Aqhif yang semakin menjauh, tiba- tiba airmatanya jatuh. Segera dia seka sebelum dilihat oleh orang lain.
"Saya mintak maaf, Aqhif" Namun kata- kata itu hanya mampu diungkapkan di dalam hati.
----------------------------
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...