3 bulan kemudian,
Tiket penerbangan di tangan dipandang dengan penuh debaran. Tertera ke 'Korea'.
Huh! Aiman menahan debaran. Sudah tidak sabar lagi dia hendak menyusul Airis ke Korea. Segala perit lelah dia tanggung selama tiga bulan ini akhirnya membuahkan hasil. Tidak sia- sia dia sentiasa berusaha memujuk KakSu untuk menerima Airis.
Pov
"Kak! Please! Kalau kau betul- betul sayangkan aku, restu hubungan kitaorang!" Pujuk Aiman lagi.
Sudah tiga bulan berlalu, namun pujukannya masih belum cukup untuk melembutkan hati KakSu.
KakSu hanya mendiamkan diri di sudut dinding sambil menghirup kopi. Langsung dia tidak memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh Aiman.
"Kak!" Panggil Aiman lagi.
"Kak! Tolong lah! Aku merayu! Aku tak boleh hidup tanpa dia! Kau cakap kau sayang aku, tapi kenapa kau siksa aku?" Pujuk Aiman lagi tanpa henti.
Tak! KakSu menghentak kuat cawannya keatas piring. Perlahan dia berjalan kearah Aiman yang sedang merayunya.
Huh! KakSu mengeluh kuat.
Dia meraih tangan Aiman lalu mengusapnya dengan penuh kasih. Senyuman tawar dipamerkan kepada Aiman.
"Pergilah cari dia. Bawak balik jumpa akak. Akak nak mintak maaf" Lembut KakSu bertutur.
"Betul ni kak? Kak?" Tanya Aiman lagi sambil menggoncang bahu KakSu.
KakSu mengangguk perlahan.
Sepantas kilat Aiman terus berlari ke biliknya setelah mendapat restu daripada KakSu. Malam itu juga dia menempah tiket untuk ke Korea. Tidak sabar sekali untuk dia bertemu Airis lagi. Buat kali pertama selepas tiga bulan, Aiman tersenyum riang.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...