Bab 3

3.1K 200 1
                                    

"Awak, malam ni datang rumah eyy. Family Makngah and Paksu ada datang. Diaorang datang awal sebab next week diaorang tak dapat datang wedding kita. Diaorang kena fly pergi Paris. Awak datang eyy makngah dengan paksu nak sangat jumpa awak." Laju Airis menuturkan kata- katanya.

"Ouhh! Oo..ok". Balas Aqhif dengan cemas.

"Kalau macam tu saya letak phone dulu eyy. Nak tolong mammy masak. Eh! kejap, lupa nak bagitahu, Arissa pun ada datang sekali tau, bye awak, jangan lupa tau. Ilove you".

Saja Airis menekankan perkataan I Love you sebelum menamatkan panggilan telefon itu. Bukan dia tidak tahu, sewaktu dia menyatakan tentang hasrat makngah dan paksu, Aqhif menjadi cemas.

Malu mungkin?

...............

"Arissa? Saya akan jumpa awak ke malam ni?" Aqhif berteka- teki.

Tanpa semena-mena Aqhif menjadi cemas apabila Airis menyebut nama makngahnya. Dia cemas kerana Arissa merupakan anak kepada makngah Airis. Hatinya berkecamuk sama ada gembira ataupun takut untuk bertemu Arissa.

Dia gembira kerana sudah 2 tahun dia tertunggu- tunggu dan tertanya -tanya tentang kehilangan Arissa secara tiba- tiba. Tapi dia juga takut, takut kerana dia bimbang perasaan dia pada Arissa akan berputik Kembali, sedangkan masih berbaki lebih kurang seminggu sebelum dia bergelar suami kepada Airis.

Huh!

"Ya Allah, tolong aku. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan." Rintih Aqhif dalam sendirian.

Dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan Arissa tetapi dia juga tidak sanggup melukakan hati Airis. Dia seolah- olah tersempit ditengah- tengah.

--------------------------------

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now