BAB 10

3K 204 0
                                    

~ 𝚔𝚎𝚗𝚊𝚙𝚊 𝚑𝚊𝚛𝚞𝚜 𝚊𝚍𝚊 𝚜𝚎𝚛𝚒𝚋𝚞 𝚕𝚞𝚔𝚊 𝚜𝚊𝚊𝚝 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊 𝚖𝚞𝚕𝚊 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚒𝚗𝚊𝚛𝚒~

"Maksu? Airis nak cakap sikit dengan maksu boleh?"

"Cakap apa tu, Airis?"

"Maksu tak payah fly balik Paris, boleh? please". Rayu Airis sambil menatap dalam mata maksunya.

"Tapi kenapa? cuba Airis cerita dekat maksu. Maksu ada dekat sini untuk Airis luahkan semuanya pada maksu". Kata maksu sambil mengusap manja rambut Airis.

Sejak Airis kecil, maksu lah yang mengasuhnya kerana mummy Airis sibuk bekerja untuk membesarkannya. Airis anak tunggal, dia tidak mempunyai adik beradik lain untuk meluah selain maksu. Jadi maksu memang masak benar dengan perangai Airis yang suka bermanja dengannya apabila mempunyai sesuatu untuk diluahkan.

"Kalau Airis cerita dekat maksu, maksu janji maksu takkan balik paris sebelum majlis kahwin tu berlangsung?" Mata Airis mula berkaca.

"Airis, maksu tak janji tapi maksu cuba ya?" Kata maksu sambil mengusap perlahan tangan Airis.

Airis menceritakan segalanya pada maksu. Bermula dari kejadian di universiti sehingga lah sekarang. Semua tentang kisah masa lalu Arissa dan Aqhif. Airis menceritakan segalanya dengan deraian airmata.

Siapa yang tidak sedih apabila bercinta lama dan hampir nak berkahwin tetapi terbongkar yang bakal suaminya mempunyai anak luar nikah bersama sepupunya sendiri. Sesiapa sahaja yang berada di posisinya sekarang pasti akan terluka.

Maksu tercenggang. Tangannya menggeletar.

"Maksu mintak maaf Airis!" Maksu menangis memohon ampun kepada Airis.

Sungguh dia tidak menyangka Arissa sanggup berbuat begitu kepada Airis. Sungguh dia merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa Airis. Sudahlah masih berbaki 3 hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

"Kenapa maksu mintak maaf dengan Airis? Maksu tak salah. Airis sayang maksu, Airis sayang Rafiq, Airis sayang Arissa. Walau macam mana sekalipun, dia orang tetap ada hubungan darah dengan Airis"

"Maksu, m- maksu tolong Airis boleh?". sambungnya lagi.

"Tolong apa? Maksu cuba sedaya upaya maksu untuk tolong Airis". Balas maksu sambil menyeka airmatanya.

"Tolong Airis uruskan majlis kahwin Aqhif dengan Arissa" Perlahan Airis menuturkan kata sambil mengukirkan senyuman.

Airis wanita hebat. Tidak sikit pun dia berdendam dengan Arissa malah dia cuba untuk menyatukan Arissa dengan Aqhif lagi.

Dia tetiba teringat akan kejadian dimana Aqhif pernah tersasul menyebut nama Arissa ketika mereka berada di butik pengantin. Itu sudah cukup membuat Airis yakin bahawa Aqhif tidak pernah melupakan Arissa. Dia amat yakin dengan keputusannya untuk menyatukan Arissa dengan Aqhif.

Sebak maksu mendengar kata- kata Airis.

Sesunggunya jika dia berada di posisi Airis, dia tidak akan sekuat itu.

Allah!

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now