Malaysia, 11:50 malam.
Suasana di KLIA masih riuh rendah dengan para pengunjung walaupun hari sudah larut malam.
Mata Airis melilau- lilau mencari kelibat Puan Annie namun hampa kerana tidak menjumpainya. Menyesal dia tidak mengikut Ita pulang bersama sepupunya tadi.
Bukan Ita tidak menawarkan untuk menghantarnya pulang, tetapi dia menolak kerana menjangka mummy sudah dalam perjalanan. Jam dijerling sekilas, sudah hampir satu jam dia menunggu mummynya namun masih tidak kelihatan. Sudah naik kemetu punggungnya akibat duduk terlalu lama.
Haih! Airis mengeluh.
Nampaknya dia harus pulang menaiki grab saja. Mungkin mummynya terlupa untuk menjemputnya.
Dua tiga langkah berjalan, dia mendengar ada suara garau memanggil namanya. Dia berpaling dan terkejut kerana melihat Aqhif sedang berlari- lari anak kearahnya.
"Hi, long time no see." Aqhif menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Airis.
Airis hanya memandang sepi biarkan tangan Aqhif tidak bersambut.
Aqhif yang perasan dengan ekspresi wajah Airis terus menurunkan tangannya. Dia tahu Airis kurang senang dengan kehadirannya disini.
"Saya datang jemput awak. Mummy awak suruh sebab kereta dia ada problem tiba- tiba" Aqhif cuba memecahkan keheningan antara mereka.
"It's okay. Aku balik naik grab je"
"Takpe lah, alang- alang saya dah ada dekat sini. Balik dengan saya je lah" Jelas Aqhif bersungguh- sungguh.
"Sorry tapi aku lagi rela balik jalan kaki daripada naik satu kereta dengan kau". Mendatar Airis menuturkan kata kepada Aqhif.
Aqhif terlopong mendengar kata- kata yang keluar daripada mulut Airis.
"Kejap!" Aqhif menarik kuat lengan Airis sehingga Airis tersembam ke dadanya.
Pang! Airis menampar pipi Aqhif.
"Apa masalah kau ni. Aku taknak balik dengan kau. Jangan paksa- paksa aku boleh tak!" Jerkah Airis sehingga menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang.
"Sorry saya tak sengaja"
"Kau sentuh aku lagi, siap kau!" Airis memberi amaran kepada Aqhif sebelum berlalu meninggalkannya terpinga- pinga disitu.
..........
Lenguh berasa kaki Airis. Sudah hampir 40 minit dia berjalan, namun tiada satu pun grab atau teksi kelihatan. Mungkin kerana waktu sudah terlalu lewat. Menyesal! sungguh menyesal sekali dia menolak pelawaan Ita. Kalau lah dia tahu bahawa Aqhif yang akan datang menjemputnya, pasti dia akan menerima pelawaan Ita.
Haih! Menolak rezeki betul.
Setelah penat berjalan, Airis ternampak ada sebuah bus stop. Bibirnya mula mengukirkan senyuman. Boleh lah dia berehat sebentar disitu sementara menunggu kemungkinan ada teksi atau grab yang boleh menghantar dia pulang.
Teleponnya dalam beg dicapai.
Airis teragak- agak untuk menelepon Ita. Dia bimbang dia akan mengganggunya. Nombor ita ditekan tapi sekali lagi dia batalkan.
Haih! sekali lagi dia mengeluh.
Sedang dia meratapi nasibnya, tiba- tiba dia melihat ada 2,3 orang lelaki berjalan kearahnya. Airis cuba mengawal riak wajahnya. Dia cuba bertenang. Ketakutan mula menguasai dirinya. Dahlah saat itu, jalan sunyi sekali, tiada satu pun kenderaan kelihatan.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...