Special Part 3❤️

3.2K 208 7
                                    

Matahari terik diatas kepala. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Kelibat Airis masih tidak kelihatan. Sudah ramai perempuan yang melawat Incheon Grand Park tapi orang itu bukanlah Airis.

"Kita balik dulu lah! Rehat sekejap, lepas zuhur kita datang cari lagi!" Cadang Aqhif.

"Ha'ah! Takpun kita cari dekat lain pulak! Ilsan? Busan? Gimpo? Kita tak cari lagi kan! Kot- kot Airis cuma datang sini sekali je. Cuma untuk bersiar- siar ambik angin. Kan?" Ulas Ita panjang kepada Aiman.

Aiman berfikir sejenak. Benar juga apa yang dikatakan oleh Ita. Mungkin Airis cuma bersiar- siar di Incheon. Mungkin Airis berada di tempat yang lain? Mungkin?. Maklumlah Korea ni besar. Jadi banyak kemungkinan akan berlaku.

"Okay lah! Lepas zohor kita gerak pergi Busan!". Ujar Aiman.

Ita dan Aqhif mengangguk akur. Berjalan mereka bertiga untuk pulang.

Semasa dalam perjalanan pulang, Aiman tiba- tiba rasa seperti sesuatu. Entah mengapa dia merasakan seperti ada debaran pelik. Entah? Dia sendiri pun tidak dapat mentafsirnya. Berulang kali dia menepuk perlahan dadanya untuk menghilangkan debaran.

"Kau kenapa?" Tanya Aqhif pelik apabila melihat Aiman menepuk dadanya berulang kali.

"Entah lah. Tiba- tiba jantung aku rasa macam pelik!" Jelas Aiman.

Ita sudah mula risau. Takut dia jika Aiman diserang kembali sakitnya yang dulu. Dah lah mereka berada jauh dari tanah air.

"Kau ada bawak ubat?" Celah Ita risau.

"Tak! Kali ni bukan sakit macam dulu! Entah lah, rasa dia lain!" Jelas Aiman lagi.

"Balik lah! Jom! Kau penat kot!" Ajak Aqhif sambil menepuk bahu Aiman untuk melegakannya.

Aiman mengangguk perlahan lalu mula melangkah diikuti dengan Ita dan Aqhif dari belakang.

Tanpa dia sedar, sebenarnya pada waktu itu, dia sudah berada sangat hampir dengan Airis.

.......

Airis mengibas- ngibas mukanya yang berpeluh- peluh.

"Dah lah harini cuti! Aku baru je nak rehat, kau dah buat urgent meeting! Eiiiii, harap aku tak ada kerja lain je. Kalau ada, dah lama aku angkat kaki!" Bebel Airis sambil membetulkan rambutnya.

Huh! Dia mengeluh kuat.

Dah lah cuaca panas, teksi pula tiada. Terpaksa dia berjalan kaki untuk ke officenya.

Lama berjalan akhirnya dia sampai. Belum sempat dia memasuki bangunan pejabatnya, tiba- tiba ada mesej masuk ke teleponnya.

Ting!

1 new messages

From: Boss Luke

-Meeting postponed.

Terbuntang mata Airis apabila membaca mesej itu. Darahnya menyirap sehingga ke kepala.

"Nasib kau lah, Airis. Jadi kuli orang!" Rintihnya dalam hati.

Rancangannya untuk tidur seharian ini menjadi musnah gara- gara meeting yang tidak jadi itu.

Airis memandang sekeliling. Memandangkan dia sudah berada berhampiran dengan Incheon Grand Park, dia dia merancang untuk singgah sebentar untuk mengambil angin.

Dia melintasi jalan untuk ke seberang. Semasa berjalan melintasi jalan, tiba- tiba fail yang dipegangnya jatuh. Belum sempat dia mengambilnya kembali, ada seseorang memijaknya sehingga failnya kotor.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now