22 JUN 2020, INSTANBUL
Airis hanya tersenyum melihat papan tanda 'WELCOME TO INSTANBUL'. Sepanjang perjalanan selepas keluar dari airport, dia banyak berdiam sambil mengamati suasana baharu di sekitarnya.
Dia akui kini, sedikit sebanyak dia merasakan ketenangan yang sebelum ini dia dambakan. Dia melihat Ita dan Nina tidak berhenti berceloteh. Macam- macam perkara hendak diceritakan kepada Airis. Airis berasa bahagia kerana disaat dia dalam kesedihan, Allah masih menghantar dua orang sahabat yang sentiasa bersamanya.
Sedang dia menikmati pandangan yang indah, tiba- tiba taxi yang dinaikinya berhenti. Mereka bertiga berpandangan. Ita dan Nina hanya tersenyum dan menjongketkan kening mereka apabila mereka melihat Airis binggung.
"Sebelum balik rumah, kita orang nak bawak kau pergi suatu tempat"
"Dijamin halalan toyyiban dan menepati citarasa kau" Sampuk Nina.
"Dekat mana?"
Pertanyaan Airis dibiarkan sepi. Mereka bertiga mengeluarkan bagasi dari bonet taxi. Ita membayar wang tambang kepada pemandu taxi itu sebelum mereka melanjutkan perjalanan mereka.
"Wait, kita nanti nak balik macam- mana? Korang jangan macam- macam. Aku penat lah" Ujar Airis pasrah.
"Balik jalan kaki!" Serentak Ita dan Nina menjawab.
Airis terlopong mendengar jawapan mereka. Mana taknya, perjalanan mereka dari KL ke Instanbul memakan masa selama 11 jam. Penat masih belum hilang, Dia harus berjalan kaki pula.
"Kau ikut je lah kita orang. Konfem tak menyesal!" Terang Nina sambil menarik tangan Airis, disamping tangannya yang sebelah lagi menarik bagasi miliknya.
5 minit berjalan. Mereka sampai ke destinasi. Airis terkedu.
Dia melihat permandangan pantai yang sangat menarik. Pasirnya putih, airnya biru jernih dan burung- burung berkicauan di gigi air laut.
"Persembahkan Pantai Dalia!" Serentak Nina dan Ita perkenalkan.
"Wow". Hanya perkataan itu yang keluar daripada mulutnya. Sungguh ini kali pertama dia melihat permandangan pantai yang begitu indah sekali.
Mereka bertiga meninggalkan bagasi mereka di tempat barangan awam dan berjalan kaki menyusuri pantai. Mereka berpegangan tangan bermain air di gigi pantai. Setelah hampir senja, mereka melihat permandangan matahari terbenam bersama dan mengabadikan memori mereka dalam camera canon Ita.
............
"Huh, penatnya! Izinkan aku beradu sebentar ya kawan- kawan!" Pinta Nina sebelum tetiba menghilang disebalik daun pintu.
"Bilik aku dekat mana? aku nak rehat jugak ni. Penat!" Keluh Airis.
"Jom aku tunjukkan bilik kau!"
"Jom!". Balas Airis sedikit teruja kerana dia tidak sabar ingin berbaring di atas tilam empuk merehatkan dirinya.
Pintu bilik dibuka. Airis terpegun. Biliknya berwarna coklat muda dan dihiasi dengan sangat indah. Simple but nice. Cukup dengan hanya ada bilik air, katil, tv, almari baju dan sofa. Namun susun aturnya sangat cantik dan kemas.
"Bilik kau ni special sikit, nak tahu tak kenapa?"
"Kenapa?"
Langsir koridor bilik diselak.
"Tadaaa!" Ujar Ita teruja.
Airis melihat didepannya terdapat permandangan Pantai Dalia yang sangat menarik. Walaupun sudah malam, pantai itu diterangi dengan lampu- lampu jalan yang banyak. Orang ramai juga masih kelihatan mengunjungi pantai itu.
"Dulu bilik ni, ada perempuan mat salleh yang duduk. Lepas dia keluar, dah tak ada orang yang sewa. So sekarang kau duduk lah. Rumah ni banyak bilik, kalau kau nak bilik lain boleh je"
"Eh sokay, aku suka bilik ni" Tolak Airis.
Melihat Airis yang mula membaringkan badan, Ita pun turut ke biliknya untuk berehat.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...