"Kita mula sekali lagi ya?" Tanya kadi setelah melihat Aqhif terpinga- pinga.
Kebiasaan pengantin memang akan terpinga- pinga buat kali pertama mereka akad nikah kerana berdebar untuk menggalas tanggungjawab baharu sebagai suami. Namun berbeza dengan Aqhif, dia terpinga- pinga kerana dia mendengar kadi menyebut nama orang lain dan bukan Airis.
Tetamu yang hadir hanya mampu ketawa melihat Aqhif, kerana mereka berfikir bahawa Aqhif terlalu nervous pahadal tidak pun sebenarnya.
"Kita mula ya?" Tanya kadi sekali lagi.
"Bagi saya masa sekejap boleh? Saya perlukan 10 minit!" Tanpa basa- basi, terus Aqhif bingkas bangun dan berjalan kearah Airis.
Dia menarik tangan Airis keluar daripada ruang tamu. Airis hanya mengikutinya tanpa membantah.
Para tetamu kelihatannya ada yang mula panik, ada yang mula terkedu bahkan ada juga yang mula bergosip. Ramai yang mula mengandaikan bahawa perkahwinan ini dibatalkan.
Arissa mula tidak duduk diam. Dia harus pastikan perkahwinan ini berlangsung. Dia tidak mahu usahanya untuk memiliki Aqhif menjadi sia- sia. Tiba- tiba dia teringat akan senjata yang selama ini menjadi kekuatannya untuk memiliki Aqhif. Senyuman perlahan- lahan mula terukir. Arissa meminta kepada ibunya untuk membawa Rafiq kepadanya.
Pada awalnya dia hanya ingin Rafiq tidur di bilik, setelah majlis selesai barulah dia membawa Rafiq keluar untuk berkenalan dengan keluarga Aqhif. Tapi disebabkan perkara ini terjadi, dia harus membawa Rafiq keluar untuk menyakinkan Aqhif berkahwin dengannya.
Sedangkan di halaman rumah, kelihatan Aqhif dan Airis yang sedang berada dalam keadaan tegang.
"Kau teruskan je lah Aqhif! Aku dah bagi peluang tu! Peluang untuk kau tebus balik semua dosa dan kesalahan kau!" Lantang Airis menuturkan kata- kata.
"Tapi kenapa?"
"Kau tanya aku kenapa? Kau ni lupa ingatan ke? Takkan kau nak lepas tangan? Rafiq tu anak kau! Kau ingat aku sanggup ke kahwin dengan jantan yang mengandungkan sepupu aku!"
Kali ini airmata Airis hampir gugur, segera dia seka agar tidak kelihatan lemah didepan Aqhif.
"Saya mintak ma..."
"Dah lah, aku dah muak dengan kau. Tak guna kau mintak maaf dengan aku lepas aku dah tahu. Kenapa tak dari dulu kau mintak maaf?" Pintas Airis.
Belum sempat Aqhif meneruskan kata- kata. Dia melihat Rafiq berlari kearahnya.
"Papa papa papa, jom lah pegi cane! Cemue orang dah tungguuu!" Rafiq mendesak sambil menarik tangan Aqhif.
Aqhif hanya memandang Airis meminta kepastian. Lama dia mendiamkan diri, tidak berganjak walaupun ditarik oleh Rafiq.
Airis mengeluh.
"Kau kahwin lah dengan Arissa. Aku okey. Anggap je lah semua yang pernah terjadi antara kita hanya mimpi"
"Terima kasih Airis. kita jadi kawan sampai bila- bila boleh?" Balas Aqhif cuba berbaik dengan Airis.
Airis hanya memandang dengan pandangan kosong lalu beredar sambil membetulkan tudungnya. Dia berhenti melangkah dan berpaling melihat Aqhif buat kali terakhir sebelum melanjutkan langkahnya.
Aqhif memandang Rafiq yang kepanasan lalu mendukungnya masuk ke dalam rumah. Kini dia boleh mengukirkan senyuman. Dia merasakan beban di bahunya kini berkurang. Dia kini merasa tenang tetapi tidak sepenuhnya. Entah kenapa tidak sepenuhnya, seperti ada yang salah. Namun dia tidak pedulikan itu yang penting dia dapat bersatu dengan Arissa dan Rafiq.
Tanpa mereka sedari Arissa memerhati dengan senyuman jahat.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...