BAB 22

2.6K 195 3
                                    

Airis membuka mata. Dia mendengar suara azan berkumandang. Jam di dinding menunjukkan pukul 3.33 pagi. Dia menggosok kedua- dua belah matanya sambil menguap. Perlahan langkah diatur ke bilik air untuk mandi dan berwuduk.

Usai solat, dia menyelak langsir biliknya dan melihat suasana pantai yang tenang. Dia tetiba rasa ingin berjoging di Pantai Dalia. Romper yang dipakainya lantas ditukarkan kepada pakaian sukan.

Tshirt putih dan legging hitam menjadi pilihan. Rambutnya diikat tocang. Dia mengeluarkan sneakers berwarna pink daripada bagasi lalu memakainya.

.....

10 minit berjogging tiba- tiba dia merasa seperti ada orang mengikutinya. Dia berpaling dan melihat ada 2 orang lelaki mabuk berjalan kearahnya. Ketakutan mula menguasai diri Airis. Dahlah ini merupakan kali pertama dia berada di negara asing.

Dia memandang kiri kanan untuk memohon pertolongan tapi malangnya tiada sesiapa di sekitar. Dia kini tidak lagi berjogging tetapi mula berlari. Namun tenaga wanita tidak setanding lelaki, dia merasa tangannya ditarik dari belakang. Dia jatuh terjelempuk diatas tanah. Dia cuba berdiri namun kakinya terlalu sakit.

"Hye beautiful, let' s make love with us" Kata lelaki asing itu sebelum memegang kaki Airis.

Airis yang ketakutan segera menendang tangan lelaki asing itu dan mula menjerit minta tolong. Dia cuba untuk bangun namun tidak boleh.

"Just for a second. You will enjoy it later". Sampuk lelaki asing yang kedua sambil meneguk arak.

Airis melihat lelaki itu membuka zip seluarnya. Airis yang ketakutan segera menangis. Dia merangkap cuba melarikan diri namun kakinya sempat ditarik dari belakang. Sekali lagi dia terbaring diatas pasir.

"Please, dont hurt me". Rayu Airis sambil menangis teresak- esak.

"No i'm not. We will be gentle with you". Lelaki asing itu ketawa menyeringai.

Dua langkah, tiga langkah lelaki asing itu mula berjalan kearah Airis. Airis yang dalam kesakitan itu hanya mampu menangis dan menjerit.

Tiba- tiba

Dabush! Dabush! Dabush!

Terkejut Airis.

Dia melihat lelaki mabuk itu terbaring disebelahnya dengan muka penuh darah. Airis bersyukur kerana ada orang menyelamatkannya.

"Hisk- hisk, Thanks for helping me". Ucap Airis sambil menangis. Lencun bajunya kerana airmata. Masa itu dia masih belum nampak dengan jelas wajah orang yang menyelamatkannya kerana pantai pada masa itu masih gelap.

Dia cuba berdiri untuk segera beredar namun kakinya terlalu sakit. Melihat Airis yang susah payah untuk berdiri, lelaki itu menghulurkan tangannya untuk Airis.

"Sini aku tolong kau!" Ujar lelaki itu seraya memapah Airis berjalan ke tempat duduk di pinggir pantai.

"Awak orang melayu jugak ke? Terima kasih tolong saya. Saya se....."

"Kalau nak jog awal pagi, pastikan kau bukan sorang- sorang. Sini bukan Malaysia. Ingat tu!" Pesan lelaki misteri itu.

"Call kawan kau ke family kau ke, datang ambik kau dekat sini. Kau tak boleh jalan kan?" Sambung lelaki misteri itu.

"Boleh pinjam phone?"

"Ni!" Hulur lelaki misteri itu kepada Airis.

Airis melihat ditangan lelaki misteri itu ada parut besar. Sepertinya dia pernah melihat parut itu, tetapi dia pun kurang pasti dimana dia melihatnya. Mungkin hanya kebetulan. Mungkin?

15 Minit kemudian,

Dari jauh Airis melihat Ita dan Nina berlari kearahnya. Melihat kawan- kawan Airis datang, lelaki misteri itu pun beredar. Separuh jalan dia berpaling apabila dia mendengar Airis memanggilnya.

"Awak! Awak! Awak! Nama awak apa?".

"Seth" Jerit lelaki misteri itu menjawab sepatah sebelum beredar meninggalkan Airis.

Airis hanya memandang sayu lelaki itu pergi. Sungguh dia bersyukur kerana terselamat daripada kejadian ngeri itu. Mulai hari ini dia bertekad untuk tidak akan berjoging sendirian lagi.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now