Special Part 2❤️

3.3K 196 10
                                    

Huh! Airis merengus kasar.

Letih sungguh dia rasa hari ini. Mana taknya sejak pukul 5 petang dia bermesyuarat sehingga pukul 10 malam baru mesyuarat itu selesai. Begini lah rutin hariannya. Berangkat ke kerja pada awal pagi dan pulang pada lewat malam.

Airis menilik jam di pergelangan tangannya. 40 minit lagi sebelum pukul sebelas. Sempat lagi dia bersiar- siar sebentar sebelum pulang. Memandangkan esok dia tidak bekerja, jadi dia bercadang untuk tidur seharian di rumahnya.

Setelah lama berfikir, akhirnya Incheon Grand Park terlintas di fikirannya.

"Kajja!". Soraknya gembira.

Sepanjang perjalanan, dia mengimbas kembali kenangannya saat dia mula- mula tiba di korea. Pada saat itu dia keseorangan. Dah lah dia masih belum fasih dengan jalan- jalan di korea. Sehinggalah pada suatu hari dia tersesat dan menemui sebuah tasik yang indah.

Disitulah buat kali pertama, airmatanya jatuh di bumi Korea. Disitu juga dia menghamburkan segala kekecewaan dan kesedihan yang dia bawa dari Malaysia.

Malaysia! Dengan pantas otaknya memainkan peranan memutarkan kembali kenangannya dengan seseorang. Segera dia padam dari kotak fikirannya. Buat masa sekarang, dia tidak mahu membelenggu dirinya dengan masalah cinta lagi.

Tap! Tap! Tap! Airis melangkah. Tiba- tiba langkahnya terhenti apabila melihat ada seorang lelaki sedang berehat di tempat kegemarannya.

Lama Airis berdiri disitu menanti lelaki itu untuk pergi, namun hampa kerana kelihatannya lelaki itu masih ingin duduk lama disitu.

Haih! Dia mengeluh.

Baru sahaja ingin berehat sebentar untuk mengambil angin. Tidak sangka pula, ada orang duduk disitu.

Baru Airis hendak berura- ura untuk pergi. Tiba- tiba dia melihat lelaki itu telahpun bangun dan beredar. Suasana yang sedikit silau dengan cahaya lampu menyebabkan Airis tidak mengecam siapakah itu.

Tapi entah mengapa? bentuk badannya seperti seseorang yang dia kenali. Dengan pantas dia menggeleng- gelengkan kepalanya. Mungkin kerana dia terlalu penat. Oleh itu otaknya mula memproses sesuatu yang berlebihan fikirnya.

.........

"Aku dah jumpa Airis!" Ujar Aiman teruja kepada Ita dan Aqhif.

"Mana?" Serentak Ita dan Aqhif bertanya.

"Incheon Grand Park!"

"Habis tu kenapa tak ajak dia datang sini?" Tanya Ita lagi.

"Sebenarnya aku masih tak jumpa Airis in person lagi. Tapi aku dah jumpa tanda- tanda yang Airis pernah datang dekat Incheon Grand Park!" Terang Aiman teruja dengan senyuman lebar.

"Maksud kau?" Tanya Aqhif kurang faham dengan penerangan Aiman.

"Sebelum Airis tinggalkan aku, dia ada lukiskan something dekat tangan aku. Tadi aku jumpa lukisan yang sama di sebatang pokok dekat Incheon Grand Park tu. Sebijik!" Terang Aiman lagi. Riak wajahnya sungguh teruja.

Tidak pernah lagi Ita dan Aqhif melihat riak wajah Aiman yang sebegini. Dari tadi tidak pernah lekang dengan senyuman. Gembira sungguh dia kerana harapan untuk bertemu dengan Airis semakin cerah.

"Okay, Kalau macam tu esok kita cari lagi dekat sekitar tu! Setuju?" Cadang Ita kepada Aqhif dan Aiman.

"Setuju!" Serentak mereka berdua menjawab.

"Aku nak masuk tidur dulu! Korang pun jangan lupa tidur! Esok nak bangun awal pagi!" Pesan Aiman lalu berlari ke biliknya dengan riang persis seperti kanak- kanak ribena.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now