BAB 1

5.2K 263 6
                                    

Tenang angin meniup sempoi- sempoi bahasa. Rambut Airis yang panjang dan ikal mayang diselit ditepi telinga. Kulitnya yang putih gebu kelihatan kemerah- merahan apabila terdedah pada cahaya matahari.

"Sayang, awak selalu termenung bila datang pantai ni. Teringat dekat boyfriend lama ke?" Ucap Aqhif dengan nada merajuk.

Airis tersenyum. Perlahan- lahan dia mengambil tangan Aqhif dan meletakkannya diatas tangannya. Matanya memandang jauh ke dalam anak mata hazel Aqhif Arian. Senyumannya terukir saat melihat wajah Aqhif yang keliru.

"Dalam hati saya akan selalu ada Aqhif Arian dan takkan pernah ada orang lain yang dapat gantikannya." Ucap Airis sambil menyandarkan bahunya kepada Aqhif.

"Dan degupan jantung saya juga hanya akan berdegup untuk awak, sayang." Ucap Aqhif seraya membelai lembut pipi dan rambut Airis.

Jika dilihat dengan mata kasar, mereka merupakan pasangan yang bahagia. Namun siapa sangka dalam hati tersimpan sejuta perasaan yang bakal menghancurkan kenangan yang ada.

"Eh! kejap, bukan kita kena pergi fitting baju ke?" Kata Airis sambil menilik jam tangannya.

"Awak, kita dah lambatlah. Jom! Nanti mama dengan papa tunggu pulak" Tambahnya lagi sambil menarik tangan Aqhif.

"Aah. Jom lah. Sayang lah ni, bersemut sangat sampai lupa nak fitting baju kahwin. Saya dah lah tak sabar ni nak jadi suami awak." Balas Aqhif teruja.

Airis hanya tersenyum melihat gelagat tunangnya itu. Kalau ikutkan hatinya, sekarang juga dia ingin bergelar isteri kepada Aqif Arian. Lima tahun dia menyimpan perasaan kepada Aqhif, sejak dia tingkatan 4 sehinggalah dia menuntut di university barulah dia berani meluahkan perasaan kepada Aqhif. Dan akhirnya Aqhif menerimanya. Dan dia berharap dialah wanita yang paling bahagia selepas berkahwin dengan Aqhif.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now