"Assalamualaikum!" Ujar Airis perlahan saat melangkah masuk ke dalam ruangan Aiman.
"Waalaikumussalam, cinta!"
Aiman yang melihat Airis datang terus duduk menyandar di bahu katil. Lebar senyuman dipaparkan kepada Airis. Mungkin kerana gembira dapat melihat wajah Airis.
Huh! Airis mengeluh!
"Aku tak boleh nangis harini! Hati teruskan kuat!" Bisiknya memberikan semangat kepada diri sendiri.
Dengan cekal dia turut menunjukkan senyuman manis kepada Aiman. Kerusi disisi Aiman ditarik lalu dia menghenyakkan punggungnya.
"So macam mana? Harini sihat?" Soal Airis memulakan perbualan.
"Mesti lah sihat! Aiman kan!" Jawab Aiman bersungguh- sungguh.
"Okay! Kalau macam tu, jom makan!". Ajak Airis.
"Okay jom! Kau suap!"
"Okay! Tak ada hal!" Balas Airis berpura- pura kuat.
Di dalam hatinya, ingin saja menangis memeluk Aiman seharian sebelum dia pergi. Namun apakah daya! Dia tidak mahu Aiman bersedih apabila mengetahuinya. Dia tidak mahu perkara ini menjejaskan lagi kesihatan Aiman.
Apatah lagi apabila doktor berkata, keadaan emosinya yang kurang stabil mungkin akan mendorong kepada munculnya masalah kesihatannya yang lain.
Plak! plak! Aiman memetik jarinya di depan Airis.
"Eh! termenung pulak?" Soal Aiman.
Airis tersentak.
"Ha'ah. Terpaku tengok muka handsome awak!" Tipu Airis sambil membuat muka comel agar Aiman terpedaya.
"Ofc! I'm the worldwide handsome, you know!" Ajuk Aiman persis seperti bintang kpop kegemarannya sambil membuat lagak riak.
Airis hanya ketawa terbahak- bahak melihat gelagat Aiman. Dia memegang tangan Aiman.
"When i first met you, I honestly didn't know you were gonna be this important to me!". Luah Airis sambil menatap jauh ke dalam anak mata Aiman.
Aiman tersenyum.
"The best love story is when you fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time". Balasnya lalu mencuit dagu Airis.
Airis tertunduk tersipu malu. Wajahnya serta- merta berona merah.
"Eh, eh, malu la tu!" Usik Aiman lagi.
"Mana ada!"
"Ada!"
"Mana?"
"Ni!" Aiman mencuit hidung Airis pula.
Airis terkelu. Macam- manalah dia nak menjauh dari Aiman. Setiap perkara yang Aiman buat pasti sentiasa memberi kesan pada hati dan perasaannya. Entah! Terasa berat sekali untuk dia melepaskannya.
Huh! Airis mengeluh.
"Termenung lagi!" Bebel Aiman sambil menggelengkan kepalanya berkali- kali.
Airis tersenyum tawar.
"Jom lah makan! Dari tadi bercakap! Laparrrr" Lanjut Airis sambil menggosok- gosok perutnya.
"Aaaaaaaa" Aiman mengangakan mulutnya meminta untuk disuap.
Airis menyuapkan nasi ayam ke mulut Aiman menggunakan sudu. Aiman kelihatan sungguh berselera sekali.
Airis hanya memerhati setiap gelagat Aiman. Dia akan sangat merindui semua ini. Semua yang akan hanya tinggal kenangan.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...