POV
3 new messages
unknown
- Aku cuma nak cakap dekat kau yang orang yang paling kau percaya dah tikam belakang kau.
- Aku taknak cakap banyak. Aku dah bagi clue "orang yang kau percaya".
- Siasat lah sendiri sebelum terlambat. Sebelum majlis kahwin kau berlangsung and sebelum kau menyesal.
-kau siapa?
-apa maksud kau?
-woiiiseen.
5 missed call
You have been blocked"Orang yang paling aku percaya? Siapa?Mungkin ada orang yang sengaja nak sabotaj hubungan aku dengan Aqhif? Biasalah tu manusia dengan sikap iri hati tak pernah berpisah" Gumam hati Airis sebelum menghempaskan badannya diatas katil.
Mata dipejam rapat. Ke kanan ke kiri, menonggeng, meniarap tapi masih juga tak boleh melelapkan mata. Dia tetiba terfikir tentang mesej yang dia terima sebentar tadi.
Takk!
Lampu dibuka. Perlahan langkah dihayun ke bilik Arissa. Saat ini dia sangat memerlukan Arissa untuk mendengar curahan isi hatinya.Sampai didepan pintu bilik Arissa dia secara tidak sengaja terdengar perbualan Arissa di telepon dengan seseorang.
Jatuh terjelepuk Airis didepan pintu bilik Arissa. Dia terkejut mendengar sebuah kenyataan yang sangat pahit untuk dia telan.
"Arissa, Aqhif sampai hati korang buat aku macam ni!" Ditekup mulutnya dengan tangan sendiri agar tangisannya yang semakin kuat tidak di dengari oleh orang lain. Perlahan- lahan dia bangun berlalu ke biliknya dengan seribu luka.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...