BAB 50

3.2K 228 25
                                    

Pang!

"Kan aku dah kata! Jangan dekat dengan Aiman lagi! Kau tak faham ke!" Herdik KakSu lantang selepas menampar Airis.

"Eh! orang tua! Kau memang kurang ajar kan!" Marah Ita pula.

Terkejut dia melihat KakSu yang tiba- tiba datang dan menampar Airis. Panas betul hatinya melihat kejadian itu. Jika tidak memikirkan KakSu yang sudah lanjut usia, mahu saja dia menampar kembali KakSu disitu.

"Korang yang kurang ajar! Aku dah cakap! Jangan kacau Aiman lagi! Korang tak faham bahasa ke!" Jerkah KakSu kuat. Dia sudah tidak peduli sama ada berada di hospital. Yang dia pasti, dia sedang benar- benar marah.

"Dah lah! Hospital ni! Jangan lah gaduh- gaduh!" Tegur Iqbal baik- baik.

"Kita selesai cara baik! Boleh?" Cadang Aqhif.

Iqbal kelihatan mengangguk- angguk tanda setuju. Tapi tidak dengan KakSu.

"Cara baik? Cara jahat pun aku tak nak!" Tempelek KakSu sinis.

"1 hari!" Airis tiba- tiba bersuara.

Semua orang terpinga- pinga memandang Airis meminta jawapan daripada apa yang keluar dari mulutnya.

"1 hari terakhir! Izinkan saya berada disisi Aiman! Saya janji lepas tu saya akan tinggalkan dia dan tak akan kembali lagi!" Pintanya lagi sambil menahan airmata yang mula bertakung.

"Apa kau mengarut ni Airis!" Marah Ita kerana Airis membuat suatu keputusan yang salah baginya. Dia patut mempertahankan apa yang dia inginkan. Bukannya menyerah begitu saja.

Belum sempat Ita membuka mulut lagi, Aqhif segera menarik tangannya dan menggelengkan kepala sebagai isyarat untuk tidak masuk campur dalam keputusan yang dibuat oleh Airis. Bukan apa, dia cuma tidak mahu Ita menambah beban di dada Airis.

Ita mengangguk lemah akur dengan Aqhif.

"Please KakSu! Just for a day! Im begging you!" Rayu Airis sambil menyusun sepuluh jarinya didepan KakSu.

"1 jam pun aku takkan bagi kau jumpa dia! ni nakkan 1 hari! memang tak lah!" Angkuh KakSu berkata- kata.

Iqbal memandang Airis. Tiba- tiba rasa kasihan mula menerpa dirinya. Tiba- tiba dia berasa kasihan melihat keadaan Airis. Dengan melihat Airis begitu, dia yakin Airis benar- benar tulus mencintai Aiman.

"Ok 1 hari" Iqbal bersuara.

KakSu merengus tanda tidak puas hati dengan jawapan Iqbal. Dia pun berlalu dari situ masuk ke ruangan Aiman. Iqbal memandang KakSu dengan keluhan berat. Ternyata dia selama ini salah mendidik isterinya. Isterinya begitu sombong dan langsung tidak menghormati orang.

"Thanks abang" Ujar Airis.

Airmatanya tidak dapat ditahan lagi. Serta- merta empangan matanya pecah. Melimpah keluar dari tubir matanya.

Semua orang yang berada disitu kelihatan sebak. Masing- masing sudah tidak dapat berbuat apa- apa lagi. Kini hanya takdir yang mampu menyatukan mereka.

........

"Ya Allah! Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk kami! Kau kuatkan lah hati aku untuk meneruskannya. Andai ini adalah jalan yang selama ini kau tetapkan untuk aku, maka permudahkanlah! Amin" Rintih Airis syahdu dalam doanya.

Disekanya lagi airmata yang menitik. Sungguh tidak kuat untuk dia lalui. Tapi hanya ini jalan yang tersisa untuk mereka. Hubungan tanpa restu hanya membawa kepada kegagalan dan kesakitan kepada mereka.

Dia melepaskan telekungnya. Dia memandang cermin. Hari ini merupakan hari terakhir dia bertemu dengan Aiman. Seboleh- bolehnya dia ingin kelihatan ceria dan bahagia di depan Aiman. Dia tidak mahu Aiman mengetahui bahawa ini kali terakhir dia akan melihat wajahnya.

Dia berusaha tersenyum di depan cermin. Namun gagal. Bahkan dia bukan tersenyum, tetapi menitiskan airmata. Terduduknya di atas lantai sambil menekup muka di lutut.

Hisk! Hisk! Hisk!

"S- saya mintak maaf. S-saya t-tak dapat p-pertahankan h-hubungan kita lagi" Bisik hatinya sayu.

Dia menggagahkan dirinya untuk bangun. Diaturnya langkah ke almari baju. Bagasi besar dikeluarkan. Dengan pantas semua baju- bajunya disumbat ke dalam bagasi. Dia melihat jaket biru milik Aiman yang tersidai di penyangkut. Dia mengambil lalu menciumnya lama. Biarlah cuma baju ini yang menjadi pengubat rindunya kepada Aiman nanti.

Dia memandang sekelilingnya. Tiada lagi barang yang dia rasa tertinggal. Semua sudah dia letakkan di dalam bagasi. Dia berusaha sedaya- upayanya untuk tersenyum kali ini.

Cermin didepannya ditilik. Dia harus memastikan dia kelihatan cantik kerana pada saat- saat terakhir begini dia ingin kelihatan indah di depan Aiman.

"Aku boleh!" Bisik hatinya pura- pura cekal.

Perlahan dia mengatur langkah keluar dari bilik dengan membawa bagasi- bagasinya. Buat kali terakhir dia memandang sekitar biliknya. Bilik ini banyak menjadi saksi betapa banyaknya airmata Airis tumpah. Entah bila lagi dia akan menjejaknya kerana kali ini dia akan pergi buat masa yang lama. Bahkan mungkin tidak akan kembali lagi.

Dum! Pintu bilik ditutup.

Sayu langkahnya dibawa menuruni tangga. Sesampai di hujung tangga, dia melihat Puan Annie yang berpura- pura sibuk mengemas ruang tamu. Dia tahu mummynya sebenarnya sedih dengan keputusan yang dia buat. Namun apakah daya! Hanya ini pilihan yang dia ada.

Perlahan dia mendekati Puan Annie lalu memeluknya dari belakang.

"A-Airis mintak maaf" Ujar Airis sambil menyembamkan wajahnya di belakang Puan Annie.

Mula- mula Puan Annie masih tidak memberi reaksi tapi lama- kelaman Airis mula merasakan getaran dari Puan Annie. Tahulah dia mummynya sedang menangisi kepergiannya.

"A-Airis jaga diri ye nanti dekat sana!" Pesan Puan Annie kepada Airis sambil berpusing menghadap Airis dan mencium dahinya.

Airis mengangguk laju.

Lantas, dia kembali memeluk mummynya. Dikucup lama pipi wanita tercinta. Dia pasti selepas ini pasti lama untuk bertemu dan mengucup pipi wanita itu lagi. Wanita yang paling berharga dalam dirinya.

Airis mengerling jam ditangan. Sudah menunjukkan jam 7:30 pagi. Itu tandanya dia sudah terlambat untuk ke hospital. Dia melepaskan pelukannya.

"M-mummy, Airis dah lambat. Airis pergi dulu". Pinta Airis.

Puan Annie hanya menggangguk lemah lalu melihat Airis mula menghilang disebalik pintu. Airmata yang berlinang segera diseka dengan hujung jarinya yang sedikit berkedut.

"Mummy doakan semoga Airis akan bertemu dengan kebahagiaan yang selayaknya, kelak" Rintih Puan Annie. Dia percaya doa seorang ibu tiada hijabnya. Oleh itu, tidak pernah walaupun sekali dia berhenti berdoa untuk kebahagiaan anaknya.

........

"Kau dah ready?" Tanya Ita sambil membantu Airis memasukkan bagasinya kedalam bonet kereta Aqhif.

Hari ini Aqhif menawarkan diri untuk menghantar Airis ke hospital dan menemani Ita seharian sebelum mereka berdua pulang ke Istanbul.

"Kau nak balik Istanbul?" Tanya Airis kembali.

"Ha'ah. Aku nak ikut kau!" Balas Ita.

"Aku tak balik sana. Aku pergi dekat lain!"

Hah! Ita terkejut.

"Kalau aku balik Istanbul, tak mustahil Aiman akan cari aku dekat sana" Jelas Airis menahan gelora di jiwa.

"Habis tu? Kau nak pergi mana?" Tanya Ita masih berteka- teki.

"Korea!"

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now