"Arissa, aku datang ni." Lembut Airis berbisik ditelinga Arissa.
Sayu dia melihat keadaan Arissa sekarang. Badannya sungguh kurus sehingga nampak tulang- tulang yang timbul. Pipinya yang sedikit berisi kini berubah menjadi cengkung. Rambutnya yang dulunya lebat kini menjadi sangat nipis sehingga kelihatan kulit kepala. Mungkin akibat daripada rawatan kimoterapi yang dijalaninya.
Airis mengusap lembut tangan Arissa lalu mengucupnya penuh syahdu. Walaupun Arissa pernah melukakan hatinya dulu, tapi dia tetap sepupunya dan hubungan darah antara mereka tidak pernah akan hilang.
Arissa membuka matanya apabila berasa ada tangan lain memegangnya. Lemah dia mengukirkan senyuman apabila melihat Airis.
"Airis, k- kau da- datang!" Tersekat- sekat Arissa menuturkan kata.
"Ye, aku datang ni. Nak tengok kau. Kau cepat sihat ya!"
"A-aku m-mintak maaf. A-aku banyak bu-buat salah dengan k-kau!"
Arissa menangis tersedu- sedan sambil menggenggam erat tangan Airis.
Puan Annie, Aqhif dan ibubapa Arissa hanya mampu mendiamkan diri. Masing- masing tidak berani hendak mengeluarkan sepatah pun perkataan. Masing- masing tidak mahu mengganggu Airis dan Arissa.
"Dah lah. Lupakan semuanya pasal masa lalu. Aku pun dah lupakan semua. Kita fokus dekat masa depan je!" Tenang Airis menuturkannya
"K- kau kahwin de- dengan A- Aqhif!" Pinta Arissa mengejut.
Terpampang Airis mendengarnya. Airis memandang semua orang disekelilingnya. Semua tertunduk memandang lantai seolah- olah tiada seorang pun membantah hasrat Arissa.
"No Arissa. Aku takkan kahwin dengan Aqhif. Hati aku dah jadi milik orang lain"
"Tapi.."
"Arissa please, jangan fikir pasal benda lain. Fikir pasal kesihatan kau dulu" Ujar Airis sambil mengusap ubun- ubun Arissa.
"O-okey". Jawab Arissa.
Dia merenung wajah Airis. Lega sungguh hatinya sekarang kerana Airis dapat memaafkan kesilapannya dulu. Kini , jika dia harus menghadap ilahi, dia pasti akan pergi dengan tenang tanpa harus merisaukan apa- apa lagi. Tiba- tiba sesuatu menerjah ke fikirannya.
"Airis, kau tolong tengok- tengokkan Rafiq, boleh? Kalau a- aku tak ada nanti". Pinta Arissa.
"Insya Allah. Aku akan tolong tengok- tengokkan dia. Semua orang sayang dia. Semua orang akan jaga dia dengan baik"
"Kau jangan risau. Yang penting kau kena sentiasa kuatkan semangat untuk terus hidup". Tambah Airis lagi.
Arissa mengangguk lemah.
"A-aku sayang k- kau" Ujar Arissa sambil melihat jauh kedalam anak mata Airis.
"Aku pun sayang kau". Balas Airis pendek.
Dia tidak berhenti berceloteh dengan Arissa. Macam- macam perkara semua dikongsinya dengan Arissa. Semua perkara tentang kehidupannya di Istanbul dan juga tentang Aiman.
Aiman! Sungguh dia tidak sabar untuk bertemu dengan Aiman lagi. Semua perkara baik tentang Aiman, dia kongsikan bersama Arissa. Bercerita tentang Aiman sedikit sebanyak dapat menghilangkan rindu yang terbuku di dadanya. Lama dia bercerita sehingga tidak perasan bahawa Arissa sudah tertidur.
Selimut ditarik sehingga ke dada. Tangan Arissa diletakkan disisinya. Perlahan dia mengusap ubun- ubun Arissa sebelum beredar.
"Esok aku datang lagi. Kau rehat lah dulu. Sweet dreams" Bisik Airis di telinga Arissa.
YOU ARE READING
Aku Bukan Sandaran [C]
RomanceHancur retak seribu hati Airis apabila mengetahui bahawa tunangnya mempunyai hubungan sulit dengan sepupunya sendiri sehingga mempunyai anak luar nikah. "Lupakan semua yang pernah terjadi antara kita. Anggap saja lah semuanya hanya mimpi." -Airis Sy...