BAB 5

3K 189 3
                                    

"Eh Aqhif? Lama betul maksu tak jumpa kamu ye? Dulu selalu jugak kamu datang rumah maksu buat study group dengan Arissa dengan Airis"

"A'ah maksu, lama Aqhif tak rasa masak lemak udang maksu"

"Maksu memang selalu buat masak lemak udang tu sebab tu favourite Rafiq! Kalau boleh hari- hari dia nak makan masak lemak udang! Sampai maksu dah naik muak nak buat. Tapi apakan daya, cucu nak makan! Nak tak nak maksu kena buat jugak! Kalau maksu ada buat lebih nanti maksu suruh Airis jemput kamu datang makan!" 

Rancak maksu berborak. Maklumlah dah hampir tiga tahun mereka tak berjumpa. Aqhif memang rapat dengan maksu sebab sejak zaman sekolah lagi dia selalu berkampung di rumah maksu untuk membuat persiapan menjelang peperiksaan.

Sedang mereka rancak berborak, tiba- tiba Aqhif rasa hujung bajunya ditarik.

"Papa! Papa!"

"Eh, Rafiq mari sini dekat opah! Tu bukan papa Rafiq lah. Tu uncle Aqhif!" Terang maksu kepada Rafiq.

"Papa..papa"

Makin lama makin kuat suara Rafiq memanggil Aqhif dengan gelaran 'papa'. Dia menangis semahunya kerana mahu didukung oleh Aqhif.

"Takpe lah maksu, mari sini saya dukung Rafiq sekejap. Dia rindu papa dia la ni." Ujar Aqhif kasihan.

Tanpa Aqhif sedari dia merasa seolah- oleh ada ikatan antara dia dengan Rafiq. Dia merasa sungguh tenang apabila dapat mendukung Rafiq. Seolah- olah dia mendukung anaknya sendiri.

Anak? Tiba- tiba jantungnya berdegup kencang.

"Mari sini anak saya." Sergah Arissa tiba- tiba dan merebut Rafiq dari dalam dukungan Aqhif.

Aqhif tercenggang.

Dia hanya memandang Arissa berlalu dengan membawa Rafiq pergi. Entah mengapa dia merasa sangat sakit apabila berpisah dengan Rafiq sedangkan dia baru berjumpa dengan Rafiq tak sampai 3 jam.

Maksu yang takut Aqhif terasa hati dengan perangai Arissa terus menarik tangan Aqhif untuk kembali duduk dan berborak dengannya.

Dia pelik dengan sikap anaknya itu! Bukankah Aqhif kawan baiknya? Kenapa dia kelihatan seperti tidak menyukai Aqhif?

"Maksu, Qhif nak tanya sikit ni. Mana papa Rafiq ey? Setahu Qhif sejak Qhif sampai sini, Qhif tak nampak pun papa Rafiq?" Tanya Aqhif ingin tahu.

"Sebenarnya.."

"Ha! Maksu borak apa dengan Aqhif ni sampai Airis panggil beribu kali tak dengar ni!" Airis mencelah.

"Aik? Kita orang tak dengar pun Airis panggil?" Maksu basa- basi bagi mengelak untuk menjawab soalan Aqhif. Bagi dia soalan itu terlalu personal untuk dia kongsikan dengan Aqhif.

"Sayang panggil kita orang ni kenapa? Nak bagi wasiat ke?"

Knock! knock! Laju tangan Airis mengetuk kepala Aqhif.

"Auchhhh, sakit lah sayang! Tajam betul tulang jari tu. Rasanya kepala Qhif dah bocor lah maksu! Kene ketuk dengan Airis!" Adu Aqhif kepada maksu.

"Siapa suruh tanya soalan yang mengundang kesakitan? Kan dah kena!" Jawab Airis mengcekak pinggang.

Maksu ketawa berdekah- dekah melihat Aqhif dan Airis bergaduh. Macam anjing dengan arnab. Arnab? Entahlah.

Tanpa mereka sedari, dari jauh ada sepasang mata yang memerhati. Mata yang penuh dengan duka dan lara serta rasa bersalah yang sentiasa menghantui dirinya.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now