BAB6

2.8K 184 6
                                    

Cadar digenggam dengan erat. Airmata menitis perlahan- lahan. Keluar suara tangisan yang dia sorokkan selama ini. Terbayang segala kenangan tentang hubungan terlarangnya dengan Arissa dalam kotak fikirannya.

"Patutlah Arissa tinggalkan aku! Dia mengandungkan anak aku rupanya!"

Aqhif menangis semahu- mahunya. Buat kali kedua dia menangis seteruk ini, kali pertama adalah ketika ayahnya meninggal.

Dia teringat kembali akan perbualannya dengan Airis ketika Airis menghantarnya ke kereta.

Flashback

"Sayang, saya nak tanya awak sikit ni. Awak jangan marah tau"

"Tanya apa tu, kalau awak tanya pasal jiran sebelah janda anak 2 tu saya marah lah"

"Eh, macam mana awak tahu, saya memang nak tanya pasal dia pun. Dia tu single lagi tak. Saya nak sunting jadi no 2" Gurau Aqhif.

Pang! Pang!

"Auchh! Sakit lah sayang! Saya gurau je tu pun tak boleh! Ganas lah sayang ni dah boleh jadi ahli silat negara dah saya tengok ni!"

"Ha tu lah! Siapa suruh tanya soalan tahap cipan kena cirit!"

Aqhif ketawa kecil.

"Ok ok ok lah! Sebenarnya saya nak tanya ni, Arissa tu dah kahwin ke? Awak tak jemput pun saya datang?" Saja Aqhif basa- basi.

Haih! Airis mengurut pelipisnya.

"Sebenarnya ni rahsia keluarga kita orang. Saya bagitahu awak sebab awak kan dah nak jadi sebahagian dari keluarga kita orang."

"Eh? Macam serius je bunyinya?" Aqhif mengangkat keningnya sebelah.

"Macam ni, 3 tahun lepas Arissa mengandungkan anak luar nikah. Kita orang pun tak tahu siapa ayah budak tu sebab setahu kita orang Arissa tak ada boyfriend"

"Maksudnya?". Tanya Aqhif kurang faham.

"Arissa mengandungkan anak luar nikah masa belajar dulu. Sampai sekarang dia tak bagi tahu siapa yang mengandungkan dia!" Jelas Airis lagi dengan lebih terperinci.

Flashback End.

"Arissa, betul ke kau mengandungkan anak aku? Rafiq tu anak aku ke? Kalau Rafiq anak aku, macam mana aku nak terus terang dengan Airis nanti. Aku sayang Airis tapi aku nak kau dengan anak kita. Allah, apa yang patut aku buat." Fikir Aqhif serba- salah.

Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Dia akan dapatkan semua jawapan kepada persoalannya esok.

Ya. Dia akan berhadapan dengan Arissa.
Entah mengapa jauh dalam sudut hatinya, dia ingin mendengar jawapan bahawa Rafiq adalah anaknya.

Tiba- tiba dia teringat akan kejadian gelap 3 tahun lepas. Kejadian dimana dia meragut kesucian Arissa.

Pov

Malam tu universiti mereka mengadakan program makan malam. Arissa dan Airis merupakan ketua untuk program itu. Tapi disebabkan Airis diserang chicken pox seminggu sebelum majlis berlangsung, dia meminta Aqhif untuk mengantikan tempatnya dan mengetuai program itu bersama Arissa.

Disitu lah Aqhif mula menaruh perasaan pada Arissa. Dia tahu perkara itu salah kerana dia ialah tunang Airis namun dia tetap tidak peduli.

Disitu lah bermula segalanya apabila Arissa berterus- terang dengan Aqhif bahawa dia menyukai Aqhif sejak zaman sekolah tapi dia terpaksa melupakannya kerana Airis terlebih dahulu meluahkan perasaan kepada Aqhif.

Mereka lalai, hanyut dalam godaan syaitan. Mereka terlanjur sehingga suatu hari, Aqhif tersedar dari tidur dan melihat disebelahnya ada nota.

"Kita dah jauh tersesat Qhif, saya tak sanggup nak khianat Airis lagi, Airis tu dah macam kakak saya sendiri, biarlah saya undurkan diri dari perhubungan haram ni. Lupakan segalanya dan fokus lah dekat hubungan awak dengan Airis."

Dan segalanya berakhir hanya dengan sekeping nota. Nota? Ya. Nota yang mengandungi seribu satu rahsia antara dia dan Arissa. Sehingga kini dia masih menyimpan nota itu.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now